Monday, September 19, 2011

Terlalu lama....

Yea, sudah terlalu lama saya tak update blog. Ntahlah, saya seperti sudah tidak punya kekuatan untuk menulis dan bercerita. Memang banyak kisah suka-duka dalam hidup saya sebelum ini, namun saya lebih suka utk berdiam diri. Mungkin ini lebih baik, hanya Allah yang Maha Mengetahuinya...


Apa yg boleh saya update mengenai perkembangan terkini ialah saya sudah mempunyai dua ekor hamster sbg pet yg saya namakan Nini dan Ipin. Game Wii yg saya beli juga telah selamat diexplore oleh anak-anak saya...dan...tekanan kerja juga semakin mudah untuk saya tangani. Terima kasih saya ucapkan kepada pembantu saya dan juga rakan-rakan sekerja saya yang lain....


Maaf kerana mulai hari ini saya tidak mampu untuk berkongsi kisah peribadi saya, kerana ini adalah jalan terbaik buat saya sekeluarga...terlalu ramai yg iri hati dan ada yang berdendam dengan saya dan keluarga atas alasan-alasan yang remeh-temeh. Ingatlah, setiap yang berlaku adala atas kehendak Allah. Tiada jodoh...lepaskanlah perkara yg telah lama berlalu...Ingatlah, jangan mudah mengikut kata nafsu dan hasutan syaitan...berdosa besar bagi seseorang yg bersekutu dgn syaitan dan jin serta mensyirikkan Allah...