Friday, January 16, 2009

Blog utk Release Tension...Clubbin In My Head!!!

My best friend beritahu aku tentang blog minah nie yg memang membuatkan aku tersengih-sengih sorang mcm kerang busuk lagaknya. Thanks my friend sbb perkenalkan aku dgn blog minah nie...I like...

Memang betul seperti yang ko citer tu Elinnn.....

Alahai...

Sedihnya, ada berita yang tak best nie...Ilman, baby comelku itu kena chicken pox plak. Menjangkit abangnya...so dengan pantas kami pun bawak Ilman ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Tan di Klang sbb kawan hubby beritahu yg klinik tu ada vaksin atau some sort of ubat yang boleh kurangkan atau susutkan chicken pox tu. Sampai kat klinik tu, ramai nya lah orang yg seek treatment. Eventually after menunggu about half an hour, barulah giliran Ilman and twenty minutes after that kami dah on the way back to the office dan hantar Ilman kat Taska.
Arrive at the office, sempatlah attend meeting scheduled at 11 o'clock tapi atas beberapa sbb delay sket lah masa start. Tengah-tengah meeting, taska call yang bisul Naim dah pecah and it's bleeding continuosly. Alamak, nie satu hal lagi yg buat tak senang duduk jea. So, after habis meeting, berlari pergi ke taska utk tengok keadaan Naim tapi anak ku itu dah tidur dgn nyenyaknya. Beritahu kat teacher nya, in case makin teruk, minta inform supaya dapat segera ke klinik.
So...hari ini masa berlalu dgn pantas. Kaki aku pun dah menggigil sbb kepenatan berjalan. Almaklumlah, office aku dengan taska tu tak lah dekat sangat...berbukit plak tuh...tapi kan biasalah, kalau ibu/mama/umi/mak/mummy dan yang semaksud dgnnya, akan lakukan apa sahaja untuk anak-anak tersayang. Bila sendiri dah jadi ibu, barulah faham dan sedar bagaimana perasaan ibu kita selama ini yang membelai dan menjaga kita sehingga dewasa. Begitu juga dengan kasih-sayang ayah...

Tuesday, January 13, 2009

Bertepung Tawar ahakss...




Tengoklah Naim putih mcm tepung komak lagaknya setelah berbedak dengan daun semambu dan beras. Lepas dua tiga kali berbedak, Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara pada cengkeringnya - nampak kering dan Naim taklah merenggek sbb gatal. So, tengok jealah muka Naim bertepung tawar dgn bedak special yg dibuat oleh 'Wan' nya.

Kepulangan Dari Menunaikan Haji.

Alhamdulillah, mak dan ayah dah pulang selepas mengerjakan ibadat haji pada Khamis, 8 Jan 09. Kedua-duanya sihat cuma batuk-batuk sikit jea. So on Friday 9 Jan 09, kami sekeluarga bertolak ke Kuala Pilah dari KL untuk mengambil kereta ayah di rumah makcik. Petang itu juga, kami bergerak ke JB. Sampai JB nearly 10 o'clock. Semuanya letih tapi bersyukur kerana sampai dengan selamatnya.

Tuesday, January 6, 2009

Latest News...













Well, today I'm at the office. Kan bergilir-gilir dengan hubby cuti utk menjaga Naim. Manage to snap some pics of Naim's cengkering...

By the way, I dah pergi interview tu this morning. Alhamdulillah for me, Ok kot. Berdoa jealah lepas nie. Harap-harap dapat. Aminnnnn...

Friday, January 2, 2009

OH MY GOD!!!!!


Bad news guys...baru realise pagi tadi yang my eldest son start kena "cengkering". Badan dia dah naik spots. Tahu tak apa tu cengkering...kalau chicken pox atau demam campak tu yang merah-merah tapi cengkering nie yang tumbuh biji-biji dan dalamnya berair....kesian Naim...


Bermulanya tahun baru dengan cabaran baru...Naim kena cengkering...tapi ada berita yang seronok jugak, I am going for an interview...doakan lah saya berjaya dalam interview tersebut yea. Walaupun dah banyak kali pergi interview tapi masih juga gugup dan berdebar-debar...

Doakan saya berjaya yea kawan-kawan...really hope for the best...

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009

Selamat menyambut Tahun Baru 2009. Bila difikirkan, banyak perkara berlaku dlm tahun 2008 tapi kita haruslah berfikiran positif. Betul tak??...Setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya...tapi yang paling istimewa seperti istimewanya tahun 2004 dan 2006 adalah lahirnya putera ku yang ketiga Muhammad Syahmi Ilman. 2004 puteriku yang pertama Nurshafiyyah Irdina, 2006 pula adalah puteraku yang kedua Muhammad Syamel Irsyad. Alhamdulillah, Allah masih memberiku peluang utk bersama kalian.

Semoga tahun 2009 akan lebih baik dari segi kehidupan dan kerjaya utkku dan keluarga ku serta kawan-kawan ku sekalian....Insya Allah...