Thursday, June 3, 2010

A Famosa...







Lamanya tak update blog. Sorry lah yea, mcm tak de mood sungguh. Lagipun baru beberapa hari balik dari bercuti....Yes, bercuti sekeluarga di Melaka saje iaitu di A Famosa Resort. Seronok jugalah bercuti sbb saya dan anak-anak nie animal lover...

Di A Famosa ada animal park, water park, cowboy town, recreation park dan a few others lagi lah. Nak memancing atau naik buggy pun ada. Tapi kami cuma pergi tiga park sahaja. Animal, water dan Cowboy Town.

Tidur plak di Savoy Condo dan berjalan ke semua park tersebut guna Banana Truck yg bayar RM1 seorang untuk dewasa dan kanak-kanak free. Tak payah pening nak fikir parking. Pengalaman untuk anak-anak saya jugak lah, memang mereka seronok giler.

Antara pengalaman kami ialah naik gajah, tgk persembahan animal, naik truck dan masuk animal safari, naik tube besar satu family pastu turun slide berair di water park. Serius saya seriau giler, siap jerit-jerit lagi tapi anak-anak saya boleh gelak-gelak jea...especially si Ilman tuh...nampak sungguh mak nya yang penakut lebih hahahahahaha....

Friday, May 21, 2010

Kena tipu...

Hmmm...memang piss off giler bila dapat tahu yg I dah ditipu. Kita nie punyalah lurus bendul tapi org lain sesedap hati jea menipu kita. Tu lah, lain kali kalau nak beli something tu kena buat homework dan survey dulu betul-betul...

Bila dah tahu ditipu, I pergilah semula ke kedai tu and serang lah org yg jual tu. I pulang balik brg tu and tukar dgn barang lain yg ORI....nasib baik dapat pulang balik dan dapat ganti.

Anyway, lesson learnt lah...rugilah sket tapi it is better than guna brg tu yg functionnya ntah apa-apa ntah...

Monday, May 3, 2010

Hasil Rembatan yang MAHA Hebat...

Sabtu lepas, I went to Carpark opposite Subang Airport. Alaaa...Subang Airport lama lah yang sekarang nie jadi airport utk Fireflyz plak tuh. Ada karnival jualan murah so managed to buy some of baju anak-anak and mainan lah of course.

Jeng..jeng...jeng, ada satu lagi yg berjaya dirembat ketika shopping di sana but let it be a secret..hehehehehe....I think that's the best hasil rembatan yang I berjaya lakukan sehingga kan I still tersenyum jea bila teringatkan nya....kronik dah nie.

Thank you Allah, for giving a chance and rezeki to have my hasil rembatan iteww....and memang menggembirakan hati I sekurang-kurangnya I rasa I deserve it.

Friday, April 30, 2010

Tiada Mood...

Tiada mood untuk update blog ini buat masa sekarang. Bila dah ada mood, saya akan update dgn citer yea. Biasalah, hati sedang gundah gulana, so blur jea nak tulis apa.

Wednesday, April 21, 2010

Berarak Mendung Kelabu...

Sehingga hari ini, keadaan cuaca rumahtangga saya sedikit cerah berbanding sebelum-sebelum ini. Setelah hujan ribut melanda sehingga mengakibatkan bah besar, kini saya harus terus tabah menempuh dugaan yang Allah berikan. Langit tak selalu cerah, itulah ketentuan Allah.
Saya harus tabah demi anak-anak. Saya tak mahu anak-anak melihat kesedihan saya. Saya dah tengok reaksi anak-anak saya bila saya sedih. Ia menganggu emosi mereka secara tidak langsung terutama sekali anak sulung saya. Mungkin kerana dia lebih faham apa yang sedang berlaku.
Demi anak-anak saya yang saya sayangi, saya harus sabar dan tabah. Demi anak-anak....doakan yang terbaik untuk saya...

Thursday, April 15, 2010

Rintihan Si Isteri...

Bila rumahtangga dilanda rasa tidak percaya, terlalu banyak timbul tanda tanya yang memerlukan penjelasan. Namun, si isteri tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya. Banyak rahsia yang terpendam.
Apabila si isteri memanjatkan doa supaya diberi petunjuk oleh ALLAH sekiranya si suami ada rahsia di belakang isteri, tiba-tiba muncul sesuatu yang membuatkan isteri tertanya-tanya adakah sesuatu yang muncul itu suatu petunjuk dari ALLAH seperti yang telah didoakan oleh isteri sebelum ini...
Adakah si isteri mengikut perasaan sahaja. Apa yang perlu si isteri buat. Sedangkan rumahtangga bagaikan cermin yang terdapat garis-garis retak yang mungkin akan bertambah dan seterusnya berderai.
Kali ini si isteri memang perlukan nasihat dan pandangan dari rakan-rakan sejati....dan mungkin juga sokongan...terlalu buntu fikiran ini...dugaan yang ALLAH berikan...Adakah si isteri kuat untuk menempuhnya dan adakah hati si isteri masih punya rasa kemaafan...

Monday, April 12, 2010

Feeling Blue...

Sooo much feelings that builds inside my heart but so few words to describe.
Only tears streaming down as a result of agony inside my heart.
Hope Allah can give me enough strength and lots of patient...
p/s: Sorry guys, I am really feeling down right now...