Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya

Salam semua kepada rakan-rakan blog, di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan:

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"
Kepada yang akan pulang ke kampung, drive carefully, semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan keindahan kepada semua. Take care...

Tuesday, August 24, 2010

Baju Raya

Kawan-kawan semua dah siap beli baju raya?, tak kiralah untuk sendiri ke, anak-anak, hubby ataupun utk mak pak...

Tahun nie, saya buat persiapan beli baju raya awal sedikit. Sebelum puasa dah beli hehehehehe, kebetulan SOGO Sales awal...setiap tahun memang saya shopping di SOGO untuk baju raya anak-anak sbb saya rasa banyak choice berbanding dgn tmpt yg lain. Setakat nie, harganya juga berpatutan...bolehlah...kalau time Membership Card Sales, cuma yg tak tahan tu, ramai sangat org. Yea lah, bukan nya saya jea yg nak raya...

Kuih-kuih raya pula saya dah tempah untuk rumah saya dan rumah mak. Seperti biasa lah, saya kan sponsor kuih raya....hehehehehehe.

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Ramadhan yang Mulia

Hadirnya bulan Ramadhan yang mulia ini, saya selalu mengingatkan diri sendiri yang sering alpa ini agar berusaha untuk beramal ibadat. Juga, menjaga tingkah laku dan kawal kemarahan saya. Namun, dugaan sentiasa melanda. Kena banyak bersabar...terutama dalam menangani kerenah anak-anak. Subhanallah...

Wednesday, July 21, 2010

Ampunnnn....

Lama sungguh saya tak update, sebenarnya banyak benda yang berlaku cuma saya tak tahu nak tulis dalam blog nie. Lagipun, takut ianya menyinggung perasaan orang-orang tertentu.


Setiap manusia semuanya ada masalah. Begitu juga saya, dari masalah kerja, ke masalah rumahtangga, masalah anak-anak dan konflik diri. Cuma apa yang saya pasti ialah Alhamdulillah saya masih mampu bersabar walaupun kadang kala tu mcm tak sabar. Ada satu jea yg memang saya tetap tak puas hati, tak pe, start daripada insiden tu, saya takkan tegur pompuan giler meroyan tu sampai bila-bila. Tahap kesabaran manusia ada hadnya dan saya dah cuba utk tidak membenci dia. Tapi insiden haritu membuatkan saya nampak dia "kecik jea" dari pandangan mata saya nie.


Memang saya tak respect langsung dia, sorry lah...cermin dulu diri tu. Pada saya, dia adalah seorang pompuan gila yang gilakan L.O. Apa makna L.O tu biar saya dan kawan2 rapat jea yg tahu....Jangan harap saya nak berkawan atau bercakap pun dgn dia lagi after this.

Saya terpaksa berkias sbb tak nak nanti ada org2 tertentu yg tahu siapa yg saya maksudkan itu.

Wednesday, June 23, 2010

Buzzzzzyyyyyy.....

Too many things to do but so little time....boleh ka???
...Allah berikan kita masa 24 jam, tentu lah ada hikmahnya supaya kita tak terlalu over-worked...hahahahahaha


Time macam nie punyalah stress, tetiba jea teringat percutian. Masa tak sesuai untuk pergi bercuti lah plak....huhuhuhuhu...

Friday, June 4, 2010

Dugaan demi dugaan yang datang...

Lepas satu datang lagi satu dugaan, hmmmm...tak tahulah nak kata apa. Kena banyak bersabar dan kawal emosi. Sbb saya nie sensitif sket. Lagipun bila kita tengah marah dan tak puas hati, tak baik kalau bersemuka...jadi lain plak nanti...

So, tunggu saya cool down dahulu then bolehlah fikir next step yg perlu saya ambil serta bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Dahsyat bunyi nya kan...hehehehehe

Pray for me supaya semuanya jalan smoothly. Juga doakan lah saya semoga ketua saya nampak kebenaran terletak di pihak saya.

Thursday, June 3, 2010

A Famosa...







Lamanya tak update blog. Sorry lah yea, mcm tak de mood sungguh. Lagipun baru beberapa hari balik dari bercuti....Yes, bercuti sekeluarga di Melaka saje iaitu di A Famosa Resort. Seronok jugalah bercuti sbb saya dan anak-anak nie animal lover...

Di A Famosa ada animal park, water park, cowboy town, recreation park dan a few others lagi lah. Nak memancing atau naik buggy pun ada. Tapi kami cuma pergi tiga park sahaja. Animal, water dan Cowboy Town.

Tidur plak di Savoy Condo dan berjalan ke semua park tersebut guna Banana Truck yg bayar RM1 seorang untuk dewasa dan kanak-kanak free. Tak payah pening nak fikir parking. Pengalaman untuk anak-anak saya jugak lah, memang mereka seronok giler.

Antara pengalaman kami ialah naik gajah, tgk persembahan animal, naik truck dan masuk animal safari, naik tube besar satu family pastu turun slide berair di water park. Serius saya seriau giler, siap jerit-jerit lagi tapi anak-anak saya boleh gelak-gelak jea...especially si Ilman tuh...nampak sungguh mak nya yang penakut lebih hahahahahaha....