Friday, January 22, 2010

Sales Kick-Off Convention 2010

I'm off to PD this morning for Sales Kick-Off Convention 2010...sedih lah sbb tinggalkan anak-anak especially yang kecik tu sbb he's my bantal bucuk aka bantal peluk...kan bagus kalau tak payah pergi or kalau boleh bawak anak-anak semua sekali tapi it will never going to happen lah kan...

Tak per lah, nanti bila balik dari PD, I cium puas2 budak-budak tuh....

Anyway, ada hutang yg belum I tunaskan, entry utk Bercuti di PD tapi kalau dah lama sangat dah basi lah plak kan...hectic kerja sampai tak sempat nak buat entry. So, Insya Allah, saya kembali ke pangkuan keluarga pada hari Ahad nanti....Adiossss....

Tuesday, January 12, 2010

TAG...merapu

I kena tag you...so here we go...

1. Adakah anda rasa anda HOT???
- Tak rasa HOT sbb skrg nie kat ofis sejuk sangat....

2. Upload gambar kegemaran
- Gambar kegemaran saya ialah gambar Family (Raya tahun 2009)

3. Cerita pasal gambar
- Gambar raya sekeluarga tu diambil tanpa plan sebenarnya. Masa tu Raya Pertama, baru jea balik beraya dari rumah sedara mara. Kalau tak silap masa tu dah petang. Tetiba jea Hubby cadangkan pergi bergambar sekeluarga. Saya pun ON saje. Luckily, gambar tu turn out well...

4. Bila kali terakhir makan pizza
- Hmmmm...dah lama sangat sampai tak ingat.

5. Lagu terakhir anda dengar
- Tajuk lagu: Pergi oleh penyanyi Aizat.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
- Buat keje lah apa lagi....hehehehehe

7. Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
- Awak by Hubby (tak romantik langsung kan...), Pijot by my frens (nie kawan rapat jea tau)

8. Tag lagi 8 orang
- Ala...bab bie lah yang tak kosa nak buat sbb tak tahu nak tag sape...
1. Siti
2. Ezlin
3. Kak Long Atiqah
4. viruspadu
Cukup lah kot...sori na....

9. Siapakah orang no.1 kepada anda?
- Tak pernah terfikir plak sbb ada a few yg memang cukup penting dalam hati saya...

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5.
- hahahahaha, tak yah jawab sbb tak de org ke 5. (selamat aku...)

11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
- Dia single lagi, kalau boyfren tu tak tahu lah sbb dia nun jauh di US.

12. Bagaimana pula dengan no. 4?
- Dgn hubby kesayangan dia lah...kan....

13. Pesanan kepada orang no. 6?
- Nie tak relevant langsung...hehehehehe

14. Kata-kata cinta untuk no. 2?
- Teman yang baik sukar dicari...

15. Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
- Tak yah jawab lah kan...

16. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda?
1) Nama dia unik sungguh "lady"
2) Orgnya putih gebu gitu
3) Sarawakian...betul ke eja mcm tuh...
4) Married to beloved lover dia...
5) sangat berkebolehan dlm tugasnya (that is so true my fren...)

17. Persamaan antara kambing ngan lembu?
-Apa lah punya soalan...saiz nya

18. Perasaan anda buat tag ini?
- Penat sbb panjang sangat...

19. Adakah anda tahu si razman itu sengal?
- Laaa....sape plak Razman nie...

20. GAY or LESS??
- Huh????!!!!

Nasib baik dah habis....wassalam.....

Monday, January 4, 2010

2010...

Selamat Menyambut Tahun Baru, semoga lebih bersemangat dalam melaksanakan apa jua tugasan atau perbuatan serta pekerjaan sama ada untuk keluarga atau kerjaya juga untuk diri sendiri...
Kalau difikirkan, sebenarnya banyak yg masih tak berjaya saya gapai pada tahun 2009. Banyak juga cabaran yang getir terpaksa saya tempuhi dari segi kehidupan rumah tangga dan juga kerjaya. Tapi itu semua lumrah kehidupan kan...nama nya pun manusia.
Doa saya sejak Awal Muharam yang lalu ialah semoga Allah menjadikan saya lebih tabah dan berkeyakinan. Tenang dalam menghadapi dugaan serta sentiasa menjaga ibadat saya dan amalan saya yang tak seberapa ini. Semoga Allah tetapkan iman saya dan dirahmati sentiasa..Amin.
Entry akan datang akan saya muatkan tentang percutian kami sekeluarga yea, Insya Allah...

Saturday, December 26, 2009

Cuti Hujung Tahun 2009

Salam semua,


Khamis lepas adalah hari terakhir saya bekerja untuk tahun 2009. Selepas itu, saya akan bercuti panjang sehingga lah mula bekerja semula pada 4 Jan 2010.


Cuti-cuti Malaysia, seronoknya, tak sabar nak pergi. Sekarang nie, masih ada di KL sehingga Sabtu. Tiada di KL bermula Ahad. Walaupun bukan bercuti ke luar negara tapi saya masih look forward cuti nie...tenangkan fikiran. Harap-harap tak de urgent matter dari ofis ketika saya bercuti.


Bila ada kesempatan, saya akan update blog tapi kalau tak sempat atau 'M' melanda...tunggu lah sehingga saya naik kerja nanti yea...


Bagi yang bercuti, selamat bercuti.....

Thursday, December 17, 2009

Dec 2009...

Tak sangka dah setahun umur blog saya nie. Tempat saya meluah rasa dan bercerita suka dan duka. Alhamdulillah, semoga saya dapat terus menulis blog ini, Insya Allah...
Hmmmm...biasanya kalau dah masuk bulan 12 nie, keje dah berkurangan sket but for me, makin hectic plak.
Actually, kami tak sabar nak tunggu cuti krismas nanti cause I have made some plans...anak-anak masih tak tahu sbb hubby and me decided to make it a surprise for my three kids especially utk kakak dan abang.
Sempena Awal Muharam esok, jgn lupa baca doa akhir dan awal tahun. Semoga tahun hadapan(2010) akan lebih berkat untuk kita serta diberikan kesenangan dan dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan...juga semoga tahun hadapan akan lebih dipenuhi dengan kasih sayang.

Friday, December 4, 2009

A Year Older and hopefully Wiser...

Happy Birthday to me....hahahahaha

Tak lupa juga saya nak ucapkan Happy Birthday to Pak Long Hassan yg berada di US. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah hendaknya, Insya Allah....

Wednesday, December 2, 2009

Gambar Family...


Well, atas permintaan Kak Long (anak saudara ku yang nun jauh di US)...maka Mak Itam pun tepek lah gambar family. Jgn kutuk yea di atas kekembangan yang dilihat. Diam-diam saje sudah...huhuhuhu....