Friday, April 30, 2010

Tiada Mood...

Tiada mood untuk update blog ini buat masa sekarang. Bila dah ada mood, saya akan update dgn citer yea. Biasalah, hati sedang gundah gulana, so blur jea nak tulis apa.

Wednesday, April 21, 2010

Berarak Mendung Kelabu...

Sehingga hari ini, keadaan cuaca rumahtangga saya sedikit cerah berbanding sebelum-sebelum ini. Setelah hujan ribut melanda sehingga mengakibatkan bah besar, kini saya harus terus tabah menempuh dugaan yang Allah berikan. Langit tak selalu cerah, itulah ketentuan Allah.
Saya harus tabah demi anak-anak. Saya tak mahu anak-anak melihat kesedihan saya. Saya dah tengok reaksi anak-anak saya bila saya sedih. Ia menganggu emosi mereka secara tidak langsung terutama sekali anak sulung saya. Mungkin kerana dia lebih faham apa yang sedang berlaku.
Demi anak-anak saya yang saya sayangi, saya harus sabar dan tabah. Demi anak-anak....doakan yang terbaik untuk saya...

Thursday, April 15, 2010

Rintihan Si Isteri...

Bila rumahtangga dilanda rasa tidak percaya, terlalu banyak timbul tanda tanya yang memerlukan penjelasan. Namun, si isteri tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya. Banyak rahsia yang terpendam.
Apabila si isteri memanjatkan doa supaya diberi petunjuk oleh ALLAH sekiranya si suami ada rahsia di belakang isteri, tiba-tiba muncul sesuatu yang membuatkan isteri tertanya-tanya adakah sesuatu yang muncul itu suatu petunjuk dari ALLAH seperti yang telah didoakan oleh isteri sebelum ini...
Adakah si isteri mengikut perasaan sahaja. Apa yang perlu si isteri buat. Sedangkan rumahtangga bagaikan cermin yang terdapat garis-garis retak yang mungkin akan bertambah dan seterusnya berderai.
Kali ini si isteri memang perlukan nasihat dan pandangan dari rakan-rakan sejati....dan mungkin juga sokongan...terlalu buntu fikiran ini...dugaan yang ALLAH berikan...Adakah si isteri kuat untuk menempuhnya dan adakah hati si isteri masih punya rasa kemaafan...

Monday, April 12, 2010

Feeling Blue...

Sooo much feelings that builds inside my heart but so few words to describe.
Only tears streaming down as a result of agony inside my heart.
Hope Allah can give me enough strength and lots of patient...
p/s: Sorry guys, I am really feeling down right now...

Monday, March 29, 2010

Gunug Berapi Hampir Molotup!!!...

I just don't understand why one of my colleague always taichi work to me. Padahal taraf sama jea, tapi berlagak giler mcm dia bos plak. Semua saya nak kena buat sedangkan tu keje dia. Yang tak tahan tuh, bagi arahan kat saya. Who the hell are you????!!!!

Mcm bagus tapi sebenarnya tong kosong jea. Pandai cakap tapi tak buat keje. Yg pelik nya, bos bermatian pertahan kan dia, siap cakap tak payah bebankan keje kat dia walaupun memang tu keje dia. Habis tuh aku nie???....bukan keje aku tapi aku yg buat...bos nampak tak???mcm tak nampak jea sbb tak habis2 aku yg kena marah....pasal si gemukssss tu lah...nie aku memang marah giler nie...

Tuesday, March 23, 2010

Bengang...

Hmmm...bila dah petang-petang nie dapat sms dr bos supaya jgn balik dulu sebab nak discuss tentang kerja adalah sesuatu yang sungguh saya tak suka. Firstly, terpaksa tunggu bos habis meeting yang tak tahulah pukul brape nanti dan secondly, benda yg nak di discuss tuh, dah saya explain pagi tadi...
Memang saya tak faham, apa lagi yg dia nak...padahal saya dah berusaha dengan gigihnya. Memang saya tahu yang banyak lagi saya belum settlekan iaitu bad debt tapi saya manage tu kurangkan yg mana boleh dulu...bak kata org tua, yg dahulu, di dahulukan...betul tak???...
Bila dah petang2 nie, dengan ditambah kebengkekan hati, mulalah merapu jea aku nie...Anyway, memang aku tak suka kalau asyik kena tanya jea. Bukan sbb tak boleh kena tanya tapi aku takut tak boleh nak jawab soalan yang ditanya. Almaklumlah, aku nie kan baru setahun jagung kat sini. Once tak boleh nak jawab, ada beberapa ayat baik punya yang akan keluar...yang boleh mengguris hati dan perasaan aku.

Tuesday, March 16, 2010

New Look!!!



Ahad lepas, Ilman potong rambut. Nie kira first time lah dia potong rambut di kedai. Hubby kata dia langsung tak menangis, duk senyap jea...tapi saya suka dgn new look nya itew...sedibik rupa ayahnya....