Friday, April 30, 2010

Tiada Mood...

Tiada mood untuk update blog ini buat masa sekarang. Bila dah ada mood, saya akan update dgn citer yea. Biasalah, hati sedang gundah gulana, so blur jea nak tulis apa.

Wednesday, April 21, 2010

Berarak Mendung Kelabu...

Sehingga hari ini, keadaan cuaca rumahtangga saya sedikit cerah berbanding sebelum-sebelum ini. Setelah hujan ribut melanda sehingga mengakibatkan bah besar, kini saya harus terus tabah menempuh dugaan yang Allah berikan. Langit tak selalu cerah, itulah ketentuan Allah.
Saya harus tabah demi anak-anak. Saya tak mahu anak-anak melihat kesedihan saya. Saya dah tengok reaksi anak-anak saya bila saya sedih. Ia menganggu emosi mereka secara tidak langsung terutama sekali anak sulung saya. Mungkin kerana dia lebih faham apa yang sedang berlaku.
Demi anak-anak saya yang saya sayangi, saya harus sabar dan tabah. Demi anak-anak....doakan yang terbaik untuk saya...

Thursday, April 15, 2010

Rintihan Si Isteri...

Bila rumahtangga dilanda rasa tidak percaya, terlalu banyak timbul tanda tanya yang memerlukan penjelasan. Namun, si isteri tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya. Banyak rahsia yang terpendam.
Apabila si isteri memanjatkan doa supaya diberi petunjuk oleh ALLAH sekiranya si suami ada rahsia di belakang isteri, tiba-tiba muncul sesuatu yang membuatkan isteri tertanya-tanya adakah sesuatu yang muncul itu suatu petunjuk dari ALLAH seperti yang telah didoakan oleh isteri sebelum ini...
Adakah si isteri mengikut perasaan sahaja. Apa yang perlu si isteri buat. Sedangkan rumahtangga bagaikan cermin yang terdapat garis-garis retak yang mungkin akan bertambah dan seterusnya berderai.
Kali ini si isteri memang perlukan nasihat dan pandangan dari rakan-rakan sejati....dan mungkin juga sokongan...terlalu buntu fikiran ini...dugaan yang ALLAH berikan...Adakah si isteri kuat untuk menempuhnya dan adakah hati si isteri masih punya rasa kemaafan...

Monday, April 12, 2010

Feeling Blue...

Sooo much feelings that builds inside my heart but so few words to describe.
Only tears streaming down as a result of agony inside my heart.
Hope Allah can give me enough strength and lots of patient...
p/s: Sorry guys, I am really feeling down right now...