Monday, March 30, 2009

Patutkah aku marah???....

Sekarang nie jam pukul 6.35 petang. Aku masih terconggok kat office sebab aku kena tunggu masa yang sesuai untuk aku jumpa bos besar aku. Mula-mula janji ngan aku jumpa pukul 6 pastu extend plak jadi pukul 7 malam. Sakit tak hati korang kalau jadi aku. Bukan apa, aku nie ada anak-anak kecil yang memerlukan penjagaan dan perhatian dari aku. Lagipun aku nie kan tak de maid/helper. Semua nya kena uruskan sendiri. Dah lah hujung minggu dihabiskan dengan buat keje office. So, patut tak aku marah???...
Kepala aku dah sakit dan rahang gigi aku dah rasa ketat. Itu tandanya aku berada dalam keadaan yg stress sekarang nie. Bab hati aku yg rasa sengal jea nie dah tak payah cerita lah. Kesian kat hubby aku dan anak-anak sbb menunggu aku. So, patutkah aku rasa marah???...
Aku harap dapatlah settlekan keje aku nie pukul 7 malam nanti sbb aku tak tunggu lagi lambat dah. Benci betul lah...

Stress...

Stress mak hujung minggu lepas. Plan nak bersantai-santai dengan family tapi terpaksa pulak buat keje ofis kat rumah. Tension lah. Tak suka bawak keje balik rumah terutama ketika cuti hujung minggu tapi nak buat mcm mana. Bos nak pagi Isnin.

Mula dah terasa tak suka keje kat sini sbb terlalu banyak keje. Memang tengah bengang giler nie. Mananya tak cukup tidur sbb stay up untuk siapkan keje.

Thursday, March 26, 2009

Bersyukur di atas rezeki yang diberi...

Alhamdulillah, saya dah berjaya melalui dua event minggu nie yang mana kedua-duanya memerlukan saya untuk jadi MC. Walaupun panik tapi masih dapat cover lagi. Bersyukur juga sebab tahun nie ada kenaikan gaji walaupun tak banyak. Bila fikirkan dengan economy crisis nie, saya rasa bertuah sangat sebab masih ada keje tetap, bonus dan kenaikan gaji. Tahun depan tak tahu lagi. Doa-doa biarlah bertambah rezekinya.

Naim is getting better after a visit to pakar kanak-kanak. Syukur Alhamdulillah jugak tu...Ilman plak semakin cerdik dan dah pandai berebut mainan dengan kakak dan abangnya. Cuma saya sekarang nie saya rasa masa saya untuk mereka dah makin berkurangan....sedih lah....

Monday, March 23, 2009

Appraisal Year 2008...

Seperti biasa, sekarang nie tengah sibuk dgn keputusan appraisal 2008 kat my Co. Sperti biasa juga saya cuma dapat average jea. Bersyukur lah jugak sbb tak dapat rendah dr tu. Tahun 2009 plak, saya tak tahu lah mcm mana. Tak boleh nak bayangkan. Harap-harap dapat lah paling teruk pun level 3.

Saya masih cuba bertahan dengan situasi keje di ofis baru tapi sekiranya saya dah tak larat, saya terpaksa berterus terang dgn boss utk cari tempat lain. Tak mampu nak stress tiap-tiap hari, nanti darah tinggi atau sakit jantung plak aku nie.

Tuesday, March 17, 2009

Alamak...

Alamak, I kena jadi MC untuk a few of my division punya event. Mcm mana nie...walaupun I nie buat communications tapi I masih tak confident untuk jadi MC. Nerves lah beb!!!! tu yang susah nak hilangkan. Tak semua orang boleh cakap kat depan majlis kan and I am one of them. So please...somebody help me....

Friday, March 13, 2009

24 Hours is Not Enough...






Memanglah manusia nie tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada...dulu, tak banyak keje, kata boring lah hape lah. Sekarang banyak keje, merungut jugak, penat lah, pening lah dan macam-macam lagi. Tu maknanya, I need to change my attitude...tapi kekadang memang terlalu banyak keje sampai tak boleh nak pikir benda lain. Terasa seperti masa tu berlalu dengan sangat pantas (bukan pantas lagi tau...sangat pantas...). Asyik pikir pasal keje jea, so excited dan tak sabar nak tunggu weekends...teruk betul kan perangai I nie.


No comment on my new job. Hectic, tu blum lagi full speed ahead. Baru 2 minggu tapi mcm dah setahun kat sini. Mungkin tak lama kat division nie kot sbb terpaksa mengorbankan masa dengan anak-anak. Apa yang I maksudkan dengan korban masa is I kena balik lambat. I nie bukannya boleh berenggang dgn anak-anak. Waktu balik keje jea kalau boleh nak cepat-cepat ambil anak-anak, dah rasa rindu sangat kat 3 orang tuh...huhuhuhuhuhu. Pada I, anak-anak I tu adalah amanah dr Allah yang I wajib menjaga dan menyayangi mereka sepenuh hati. Lagipun, mereka lah permata hati I dan hubby.

Ilman dan Naim plak masih tak sihat lagi. Risau lah, Insya Allah esok nak bawa Naim ke pakar kanak-kanak. Hopefully, he will get well soon. Sian kat anak bujang I tu yang asyik demam, batuk dan selsema apatah lagi dgn weather yg sekejap-sekejap hujan...walau apapun, hujan itu kan satu rahmat...

p/s: Irdina dah boleh mengaji sendiri, maksud I, dia dah kenal huruf dan bacaan. Maybe it's not a big deal to some of us tapi I am so proud of her. Progress dia dlm pelajaran bagus dan teacher dia kata Irdina rajin cuma dia kena banyak sket senyum. Biasalah anak dara ku itew...suka sangat muncung kan muka. Mungkin terikut masa I mengandung kan dia. At that time, I memang susah nak senyum. Muka asyik monyok dan masam jea...hehehehehe



Wednesday, March 11, 2009

Stress....

Stress mak hari nie...huhuhuhu...banyak keje yang sampai tak tahu mana nak settlekan dulu...macam-macam nak kena buat. Dengan Comm Plan lah yang perlu detail sampai nak kena buat SWOT Analysis lagi, Lunch Talk, Speech GCEO, Calendar Comm utk Division dan segala macam bendalah...


Harap-harap boleh balik cepat hari nie...dah tak larat dah nie, tak produktif pun sekarang nie...

Tuesday, March 10, 2009

Cuti Sempena Maulidur Rasul

Cuti hujung minggu dan hingga hari Isnin telah kami sekeluarga gunakan utk balik kampung. Hubby dan saya cuma ambil cuti sehari pada Jumaat lepas so selepas kerja petang Khamis, kami dah bertolak ke JB. Sampai dalam pukul 9.30 mlm dan anak-anakku semua excited nak jumpa dgn Atok dan Wan nya. Hilang rindu ku kat Mak dan Ayah. Kalaulah boleh selalu balik kampung, tentunya stress ku akan berkurangan selalu. Tenang jea kat kampung. Boleh manja-manja lagi dgn Mak dan Ayah.

I Love You Mom and Dad....dulu tak tahu nak hargai kasih sayang mereka tapi bila kita dah jadi parents, barulah faham mcm mana dalamnya kasih sayang mereka pada kita...

Tuesday, March 3, 2009

First Assignment

Pagi nie saya dah dapat first assignment. Buat Comm Plan utk division nie. First draft due date is on Thursday. Hope I can deliver dengan baik. Wish me luck guys...

Monday, March 2, 2009

My First Day...

So..today is my first day as member of Group Procurement. Baru jea lepas lapor diri kat GM dan VP nya. Tapi saya akan start esok. So, wish me luck yea...I can foresee yang I akan bz di tempat baru nie. Hopefully, I can manage it. I hope I can survive.