Wednesday, December 24, 2008

Baling Kasut...

Pernah dapat tak email tentang permainan baling kasut??...yang Bush kena baling kasut tu. Well, my friend email it to me. Memang kelakar dan melekakan. Kita sibuk nak baling kasut kat Bush dalam masa yg telah dihadkan. So kat ofis nie mcm ada perlawanan pulak. Sape score paling tinggi adalah pemenangnya. No hadiah involve yea, saguhati pun tadak ok....hahahahaha...

p/s: Setakat nie Munzir yg paling tinggi scorenya. Ada sesape nak challenge ke??....Lady??!!

Monday, December 22, 2008

Rindu...

How I miss my father and my mother so much...
Lately nie, asyik teringat jea kat dorang. I'm counting days for tarikh ayah dan mak pulang dari mengerjakan haji. Tak sabarlah pulak.
Kadang kala kita sebagai manusia nie selalu leka dan kurang bersyukur. Bila mak dan ayah tu ada dekat, kita buat tak endah jea tapi bila dah jauh mcm tu, barulah rasa rindu sangat. Untuk semua dan juga diri sendiri, sekiranya mak dan ayah kita masih hidup, sayangilah dan hargailah mereka. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari apabila mereka telah tiada lagi...
Ayah dan Ibu, Ayah dan Ibu...
Itulah permulaan kami,
Dapat melihat bulan dan matahari...

Thursday, December 18, 2008

Wan dan Ilman...

I like this picture, it is one of my favourite picture...

Ilman aka Sendo...


Ilman will be 1 year this 2009 on April

Naim aka Syamel...


Naim will be 3 years this 2009

Wednesday, December 17, 2008

Irdina...


Irdina - will be 5 years this 2009.





Tuesday, December 16, 2008

Lagi Gambar Kenduri...











Kenduri Doa Selamat








Sepatutnya saya dah lama masukkan cerita ini sebagai entry dlm blog tapi ntahlah, terlupa plak. Kenduri doa selamat nie saya buat kecil-kecilan sahaja dan yang dijemput hanyalah saudara mara sahaja. Tujuan kenduri ini ialah doa selamat mak ayah pergi haji dan untuk rumah sekali. Kiranya mcm two in one lah.

Tak sangka saya, walaupun menjemput dlm keadaan short notice tapi ramai yang turn-up dan sungguh meriah. Pak Long dan mak long sekeluarga bersama cucu-cucunya, Cik Oteh dan anak-anak serta cucu-cucunya juga dan Liza dan anaknya Maksum (Adib). Terima kasih saya ucapkan kepada semua kerana sudi hadir.

Sessi paling sedih ialah sessi bersalaman antara mak ayah dan saudara mara....
p/s: Terima kasih kepada En. Mutalib sbb sudi menghadirkan diri...jasamu dikenang...

Kegilaan Ku Telah Beralih Arah...

mcm nielah saya intai barang yang saya nak tuh...hehehehehehe


Dulu, yang saya inginkan adalah HTC, sekarang....oh,oh,oh...tak nak cakap lah sbb bila dah dapat nanti baru boleh announce...kena bekerja keras kumpul duit nie. Ada ke sesape yang nak sponsor saya hadiah??...Janganlah malu-malu sbb saya tak malu nak mintak belikan dot, dot, dot.....


Tension Tahap Gaban!!!

Uuuuuiiiiiihhhhhh...hari nie memang aku sakit...tapi bukan sakit demam atau apa-apa tapi sakit kepala, sakit hati dan tak tahu lah nak kata apa lagi...

Sorry lah kalau sesapa yg baca blog nie tahu aku keje kat unit mana, tapi aku tak suka buat kerja nie......huhuhuhuhuhuhu....

Monday, December 15, 2008

Demam Mengganas...

Entry lepas saya dah cerita tentang rasa tak sedap badan mcm nak demam so petang Khamis tu juga saya telah ke klinik untuk mendapatkan ubat. Setelah doktor mengambil suhu badan, ternyata ianya tinggi dan terus diberi ubat demam untuk di makan there and then....dapatlah mc utk hari Jumaat (advance mc lah tu...)

So, Jumaat saya menghabiskan masa utk rehat dan rawat sbb badan saya menggigil demam dan saya dah cirit teruk. Sabtu dan Ahad plak masih lembik dan banyak berbaring tapi alhamdulillah masih dapat masak utk hubby tersayang dan anak-anak. Tak de aktiviti lain selepas itu selain dari baring dan baring sbb bila nak berjalan atau diri lama sikit, mulalah rasa mengeletar dan nak pitam. Kepala plak masih terasa berat semacam. Oleh kerana tak lalu makan dan cirit, maka perut dah masuk angin terus jea loya-loya (bukan pregnant tau..).

Today, masih lemah sedikit tapi manage to go to work dan bersarapan dengan berselera sedikit daripada sebelumnya. Tapi masih tak berdaya utk berjalan jauh-jauh atau laju dan masih tak larat utk berdiri lama.

Memang sungguh lah demam ini telah mengganas...

Thursday, December 11, 2008

Virus...

Kenapa tajuk entry kali ini ialah virus??...sebabnya saya rasa macam nak demam. Habis menggigil badan duk dalam office yang ber air-con. Seluruh badan juga rasa bisa-bisa. Kepala plak berat semacam. Tekak rasa pahit dan tak lalu nak makan...tapi disebabkan lapar, telanlah jugak... Temperature tak de lah panas sangat, agak-agak suam-suam kuku jea (boleh ke kata gitu).

Munzir!!!!...hang dah jangkitkan akak dengan demam hang tuh....hehehehehehe....

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua saudara-mara, rakan-rakan dan pembaca blog ku ini. Sambutan Hari Raya Haji tahun ini ku sambut di rumah mertua sebabnya mak dan ayah pergi menunaikan ibadat haji. Adik ku Dilla pula beraya dengan makcik ku di JB.

Seperti biasa kalau di rumah mertua, setiap kali raya tak kira lah raya puasa atau raya haji, menunya ialah ketupat. Lauk kali ini pula ialah kari daging, ayam masak merah, kuah kacang dan serunding. Seronok jugak bila prepare dan masak beramai-ramai tapi dalam hati ini sayu jea sebab teringatkan mak ayah dan adik.

Balik dari kampung, aku singgah kat Air Hitam Johor. Dapatlah aku beli alas yg mcm tilam tu. Kat KL harganya mahal so bila beli kat Air Hitam, aku dapat separuh daripada harga di KL. Bila nak naik kereta, hubby berkenan pulak pada bunga-bunga yang banyak di depan kedai berdepan dengan tempat kami parking kereta. Dia pun hulur duit pada aku untuk membelinya. Dalam keadaan kakak jurujual tu membungkus bunga-bunga yang telah ku pilih, sempat lagi aku sambar bunga yang telah siap dihias dalam pasu. Nak hias sendiri bunga dalam pasu bukannya pandai, almaklumlah, keras tangan. Lagipun, bukan nya selalu dapat sambar bunga-bunga nie dan bukannya selalu dapat menyinggah kat Air Hitam nie.
Tak sempat nak snap pic sebab sampai rumah jea dah sibuk menyiapkan barang-barang untuk kerja esok dan baju anak-anak untuk ke taska.

Petang semalam juga ayah call dari Mina. Mak dan ayah sihat dan aku benar-benar gembira dapat mendengar suara ayah walaupun sekejap saja....huhuhuhuhuhu...

p/s: utk Atiqah, maaf sebab tak dapat nak chat pada hari raya haji lepas sbb hujan lebat kat rumah Atok Tine dan YM plak bengong...

Friday, December 5, 2008

Luahan Rasa...

Bila topik nya luahan rasa, so mcm-mcm lah yang aku nak luahkan kat blog nie. Tapi bila difikirkan semula, tak jadi lah pulak sebab demi menjaga hati org-org tertentu walaupun hati aku sendiri yg terluka. Apa yg boleh aku katakan ialah semalam memang sedikit menghampakan diri ku...yea memang semalam adalah hari lahir aku tapi tak bermakna yang aku akan gembira sepanjang hari semalam.
Betapa aku iri hati dgn org-org yang sentiasa digembirakan dan dibahagiakan oleh org tersayang pada hari lahir mereka. Bagi sesiapa yg membaca blog ini, ingatlah walau sekecil atau semurah mana pun pemberian ketika hari lahir, ianya tetap bermakna bagi si penerima kerana itu sebagai tanda ingatan dan kasih sayang dr si pemberi terutama sekali sekiranya yg memberi itu adalah org yg tersayang. Tak kiralah andainya hanya ucapan istimewa "Selamat Hari Lahir, Sayang" bersama sekuntum bunga.
Sekian sahaja lah luahan hati ku yg pilu ini...semoga hari-hari yang mendatang akan lebih menceriakan daripada hari semalam. Wasalam.

Thursday, December 4, 2008

Happy Birthday...

Happy Birthday to me...juga Selamat Hari Lahir kepada Pak Long Hasan yg berada nun jauh di Amerika...semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia di samping keluarga...

Wednesday, December 3, 2008

Happy Birthday Celebration...

Today is my Friend's Birthday..Happy Birthday to You...Happy Birthday to You...Happy Birthday to Ezlin...Happy Birthday to YOU....

Tomorrow will be mine...hehehehehe

Tuesday, December 2, 2008

Tak Lama Lagi...

A few more days will be my B'day...excited lebih lah pulak. Apa agaknya hadiah yg hubby akan beri nanti yea atau langsung tak dapat apa-apa???.....huhuhuhuhuhu...

Anyway, tunggu je lah...kalau ada rezeki, dapatlah hadiah nya...

Monday, December 1, 2008

Hari Nya Tiba Jua...




Mak dan ayah dah pun berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 28 Nov lepas. Sebelum tu, mereka stay di rumah ku untuk beberapa hari. "Nak bermain dengan cucu-cucu"..kata mereka. Aku pun telah bercuti selama seminggu. Dapatlah buatkan mak bread pudding yang diidamkannya tu dan ayah plak berselera makan nasi lemak yang ku sediakan.

On 28 Nov, Friday jam 2 pagi - Kami semua hantar mak dan ayah ke Tabung Haji Kelana Jaya. Alhamdulillah, Allah permudahkan kami semua ketika menghantar mereka. Tepat 3.30 pagi, setelah bersalaman dan berpeluk cium, maka mak dan ayah pun dipanggil masuk ke dalam. Ketika beratur untuk masuk ke dalam bangunan, aku nampak ayah masih tertoleh-toleh ke arah kami. Sungguh sayu hati kami semua. Aku dan adik ku menangis sendu dan cuaca ketika itu juga hujan renyai-renyai seolah-olah turut menangis bersama kami. Aku berdoa agar Allah memudahkan perjalanan dan ibadat mak dan ayah ku di sana, dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan yang baik agar dapat melakukan ibadat wajib dan sunat di sana. Juga, selamat pulang ke tanah air dan kepada kami semua. Amin...

Gambar blur...

Tak sempat ambil gambar sangat.

Friday, November 21, 2008

Gaji...Ohhh...Gaji...

My COMPANY, kononnya buat revised gaji utk semua staff. Berkobar-kobar lah kami semua mengira berapa banyak kenaikan ikut jadual pengiraan yang diberi.

Bila dah buat perkiraan, semua happy sebab kenaikan bolehlah dikatakan banyak. Tapi....bila gaji baru masuk, semua terkejut sebab amountnya kurang daripada apa yang kami kira. Mcm mana yea???...Salah kira ker?? atau....

So semua orang yang tak naik pangkat atau tak naik gred, kenaikan gaji yang diberi hanya seciput jea. Sama jea mcm dulu-dulu, nothing new....nothing more and nothing less.

Mungkin dah ketentuan Allah, kita dapat sebanyak tue aje. Kena bersyukur yea tak (ayat nak sedapkan hati jea tuh...). So cancel lah kalau nak beli perabot baru, baju baru atau apa-apa yang baru. Nak beli hadiah untuk diri sendiri this coming b'day pun KIV jea lah sebab barang yang saya berkenan tu mahal sangat. Hmmm...HTC. Itulah barang yang saya berkenan. Bila lah saya merasa dapat pakai agaknya. So ada ke sesapa yg nak hadiahkan saya HTC sempena B'day saya tak lama lagi nie....

p/s: Simpan jea duit dlm ASB, baru ada keuntungan....hahahahahahahaha

Thursday, November 20, 2008

Keberangkatan Haji...










Kalau nak ikut perkiraan, lebih kurang tujuh hari lagi my parent akan pergi mengerjakan Haji. This Sunday, I akan ambil mereka di kampung.

My kids especially kakak dan abang dah tak sabar nak jumpa dgn Atok dan Wan. Tiap-tiap hari tanya "Hari nie ke kita ambil Atok dgn Wan?"...

So next week, I akan bercuti seminggu sebab parents I akan stay kat rumah I. My aunties pun akan datang ke rumah I jugak next week so rumah I akan penuh dgn tetamu...seronoknya...mungkin tak sempat nak update blog tapi will try, no promises okay...

Wednesday, November 19, 2008

Kepala Meletup!!!

Rasa mcm nak pengsan nih...

Aku bukanlah orang IT tapi sekarang kena buat extracting data dan ditempatkan di bawah IT...molotup kepala dibuatnya...

So how?????.....

Gambar Irdina, Naim dan Ilman
















Just enjoy the pics...

Belated Birthday Party Irdina

Birthday Irdina tahun ini jatuh dalam bulan puasa so saya dan hubby sepakat utk buat birthday party Irdina selepas raya. Tangguh punya tangguh di atas sebab yang tak dapat dielakkan, maka on the 5th November, barulah kami buat.

Just a simple birthday celebration (utk suka-suka jea), janji kakak gembira...
Tukang havoc nya of course lah abang...

Tuesday, November 18, 2008

Event di Pagi Hari...



Pagi-Pagi lagi dah kena attend presentation on QMS. Banyak pengetahuan yang dapat ditimba. Participants plak mcm-mcm ragam. Ada yang khusyuk mendengar dan ada yang awal-awal lagi dah tersengguk-sengguk. Biasalah tu...

Sempat jugak snap gambar waktu presentation tersebut. Saje-saje jea utk paste kat blog nie.
p/s: tepu lah otak ku ini utk hari ini, ada meeting plak jam 2.30 ptg....

Monday, November 17, 2008

Happy Belated Birthday Ayah...16 Nov

Selamat Hari Lahir utk Ayah ku yang disayangi...Kami sekeluarga mendoakan semoga panjang umur dan murah rezeki serta sentiasa mendapat kebahagiaan sehingga akhir hayat. Insya Allah, amin.

Mak dan ayah akan berangkat menunaikan Haji pada 28 Nov 2008. Semoga mendapat haji yang mabrur, Insya Allah...

Muhammad Syahmi Ilman


My youngest son is now six months old....enjoy the pics...

A Singer Wannabe...

Irdina & Naim

My First Edition...


Introducing my family....three lovely kids and a loving husband
I've got tons...of videos to upload but it will come later...