Saturday, December 26, 2009

Cuti Hujung Tahun 2009

Salam semua,


Khamis lepas adalah hari terakhir saya bekerja untuk tahun 2009. Selepas itu, saya akan bercuti panjang sehingga lah mula bekerja semula pada 4 Jan 2010.


Cuti-cuti Malaysia, seronoknya, tak sabar nak pergi. Sekarang nie, masih ada di KL sehingga Sabtu. Tiada di KL bermula Ahad. Walaupun bukan bercuti ke luar negara tapi saya masih look forward cuti nie...tenangkan fikiran. Harap-harap tak de urgent matter dari ofis ketika saya bercuti.


Bila ada kesempatan, saya akan update blog tapi kalau tak sempat atau 'M' melanda...tunggu lah sehingga saya naik kerja nanti yea...


Bagi yang bercuti, selamat bercuti.....

Thursday, December 17, 2009

Dec 2009...

Tak sangka dah setahun umur blog saya nie. Tempat saya meluah rasa dan bercerita suka dan duka. Alhamdulillah, semoga saya dapat terus menulis blog ini, Insya Allah...
Hmmmm...biasanya kalau dah masuk bulan 12 nie, keje dah berkurangan sket but for me, makin hectic plak.
Actually, kami tak sabar nak tunggu cuti krismas nanti cause I have made some plans...anak-anak masih tak tahu sbb hubby and me decided to make it a surprise for my three kids especially utk kakak dan abang.
Sempena Awal Muharam esok, jgn lupa baca doa akhir dan awal tahun. Semoga tahun hadapan(2010) akan lebih berkat untuk kita serta diberikan kesenangan dan dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan...juga semoga tahun hadapan akan lebih dipenuhi dengan kasih sayang.

Friday, December 4, 2009

A Year Older and hopefully Wiser...

Happy Birthday to me....hahahahaha

Tak lupa juga saya nak ucapkan Happy Birthday to Pak Long Hassan yg berada di US. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah hendaknya, Insya Allah....

Wednesday, December 2, 2009

Gambar Family...


Well, atas permintaan Kak Long (anak saudara ku yang nun jauh di US)...maka Mak Itam pun tepek lah gambar family. Jgn kutuk yea di atas kekembangan yang dilihat. Diam-diam saje sudah...huhuhuhu....

Tuesday, December 1, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha...


Maaf lah kawan-kawan sebab lambat beri ucapan. Saya memang tak sempat sangat sekarang nie. Hari nie ok sket kot sbb bos besar dan bos kecik tak de.


Masa raya Aidil Fitri yang lepas kami sekeluarga telah bergambar di kedai gambar dan taddaaaa...gambar tu dah siap. Kenapa lama sangat, sebabnya kami bergambar di kampung (Rengit)....idea yang datang tetiba jea so lepas balik beraya terus singgah kedai gambar dan kami ambil semula bila balik Raya Aidil Adha....hehehehehehe


Gambar family tu saya tak edit bagi kecik lagi cuma saya dah edit yang anak-anak punya. Tengoklah....saya suka sangat dengan gambar nie.

Tuesday, November 17, 2009

CORELLE

Sorry lah sbb lama tak update blog nie, dah penuh bersawang...masa begitu mencemburui saya buat masa ini dan saya akan berusaha untuk update blog ini bila ada kesempatan.

Baiklah, cerita kali ini ialah mengenai pinggan mangkuk Corelle. Kawan saya offer nak belikan Corelle nie dr luar negara dgn harga murah sedikit berbanding di sini. Bila difikirkan offer tersebut, why not kan....lagipun bila lagi nak merasa guna pinggan Corelle. Terjebak lah akhirnya saya dengan membuat order sebanyak 2 set. Nasib baik boleh bayar ansuran sbb member...hehehehehehe...tengkiu yea leen....love you, muaahhhh.....

Semalam pula adalah birthday Ayah saya yg ke 59 tahun (muda lagi tuh....). Selamat Menyambut Hari Lahir Ayah, Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberi keberkatan dalam apa jua yg dilakukan, Insya Allah....

Monday, November 2, 2009

Happy Birthday Irdina (5 Years)
















Minggu lepas buat sambutan birthday Irdina kat taska. Preparation dah dibuat masa cuti hujung minggu dan kek juga telah ditempah untuk diambil pada Isnin malam. Yea, sambutan dibuat pada hari Selasa sebab Isnindah ramai plak yg buat sambutan birthday. Nak hujung tahun lagi ramai plak anak-anak yang buat sambutan birthday....sbb nak masuk tahun baru ke atau memang odrang lahir hujung tahun....hehehehehe.


Irdina dan Naim seronok lah masa kawan-kawan nyanyi lagi happy birthday. Senyum simpul anak dara ku iteww...


Manage to snap a few picture...by the way, Ilman tak de tau masa sambutan tuh sbbnya kalau saya ambil dia waktu tuh, sure dia tak nak masuk balik ke bilik dia sbb dia ingat nak balik....sian anak ku yg cenonet itewww....

Monday, October 26, 2009

Itu, ini....Begitu, begini...

Banyak yg telah berlaku dalam masa aku tak update blog nie. So, aku tak tahu lah nak update citer mana dulu...huhuhuhu...
Ok, lah rasanya aku mula dengan citer kursus. Selama dua minggu berturut-turut, aku kena attnd kursus 'SmartOrange' (kursus yang disediakan untuk org2 yg tak smart mcm aku). Nama naik utk pergi kursus dan bukannya kursus yg kita apply. Week two aku kursus, sempat attend 1 setengah hari jea sbb tetiba Boss Besar call, marah-marah kat aku sbb attend kursus tu lama. Bukannya aku nak attend sangat pun tapi dah kena panggil. Kalau tak pergi plak karang tak pasal2 dapat surat cinta dr HR. Oleh disebabkan kena marah, so aku pun balik office dan tak menghabiskan kursus ku itu. Tetiba plak, lepas tuh, aku terima lagi email kena attend kursus Smartorange lagi early Nov tapi atas tajuk yg berlainan. Mesti Bos Besar aku mengamuk lagi kalau aku pergi jugak. So aku terpaksa lah tolak and hopefully tak kena pinalize dgn HR.
Tentang kerja plak memang hectic sbb mcm2 ada...colleague of mine plak nie asyik taichi keje kat aku jea. Siap kata kat customer, nanti staff I handle report you nie. Padahal, aku sama jea ranking ngan dia. Dia buat sales dan aku plak buat account. Padahal kalau ada report @ complaint dr customer, by right, dia yg kena handle dulu....tapi tak pe, aku pandang perkara tu as a learning point utk aku....hehehehehe...banyak ilmu aku dapat nanti...
Family plak, semuanya ok cuma haritu Dina demam sbb tonsil dia bengkak. Tapi dia memang jenis yg kuat so tak de lah merengek sgt cuma suruh picit kepala jea sbb pening. Naim plak mcm biasa dan Ilman makin lasak. Ibu dan ayah dia plak.......makin bulat...hehehehehe....tu lah, jadi masalah negara lah nie. Nak turunkan berat badan, tapi nanti susu plak tak de. So, aku kalau nak diet kenalah tunggu bila Ilman dah tak breastfeed lagi.
Rasanya setakat inilah update yg dapat aku buat utk sementara waktu. Nanti saya akan update citer lagik yea....

Tuesday, October 20, 2009

Bzzzzzzssssss....

Dah bersawang dah blog aku nie. Tak sempat nak update sbb ada banyak kerja yg aku kena settlekan......

So, bila tak bz sangat nanti, I will definitely update my blog...sorry yea....

Tuesday, October 6, 2009

Pumping Session...

Bila baca blog member saya nie tentang bagaimana sedihnya bila dah tiba masanya dia stop pump breast milk, aku pun terasa sama sedihnya. My youngest pun dah tak nak minum susu ibu yang telah dipam. Tapi kalau minum susu secara direct tu cukup suka...Officially, aku stop pumping session masa bulan posa baru-baru nie sbb susu tak banyak dan Ilman pun tak nak minum yg dah dipam. Sedih lah sbb dah terbiasa sangat buat kerja tuh...
Setakat nie, alhamdulillah aku berjaya juga menyusukan anak ku lebih lama dari kakak dan abangnya. Thank you to my saviour PISA, Ezlin (pembakar semangat) dan hubby (pemberi galakan). Walaupun susu aku tak semewah member ku ini, tapi bersyukur sebab berjaya jugak menyusukan anak-anak ku seramai tiga orang sehingga setakat yang ku mampu...
Kepada ibu-ibu yang bf baby anda, teruskan usaha dan jangan mudah mengalah. Memang kena hadapi pelbagai dugaan yang mencabar terutama bagi ibu yg bekerja, tapi semuanya berbaloi untuk anak-anak....susu ibu nie banyak khasiatnya....

Monday, October 5, 2009

Rumah Separuh Terbuka...hahahaha

Semalam saya buat rumah separuh terbuka (boleh gitu)...kenapa jadi separuh terbuka? sbbnya hanya jemput keluarga sebelah husband sahaja..sedara mara lah kiranya. Sedara sebelah saya, belum lagik...
Apa menu??...saya masak nasi jagung, ayam masak tomato dan dalca daging (resepi keluarga). Tapi terlupa plak nak ambil gambar sbb kesnya dah penat yang amat lepas memasak. Semuanya buat sendiri, tu yg letih giler...biasalah kan. Oh ya...saya juga buat trifle utk pencuci mulut.
Alhamdulillah, semuanya habis tinggal sket jealah...bila tengok orang makan masakan kita, seronok lah plak. Rasa berbaloi dengan penat lelah kita memasak...bak kata Naim "Berbaloi-baloi"....hehehehehe...
So, ada sesapa nak jemput saya pegi open house, dengan tak malunya saya menawarkan diri...

Thursday, October 1, 2009

Sambutan Raya 2009

Seperti yang telah diatur, hari raya pertama disambut di rumah mertua. So kami plan nak balik kampung pagi Jumaat. Tetiba plak, hubby kena kerja hari Jumaat tuh so saya dan anak-anak tinggal di rumah dan berkemas. Kami bertolak ke kampung pada Jumaat malam jam 9pm. Alhamdulillah, jalan tak jem.
Sambutan hari raya meriah...cuma ada berlaku beberapa insiden di rumah keluarga ku. Memang aku sedih dengan apa yang terjadi dan berulang kali aku memohon maaf pada kedua orang tua ku, walaupun menurut ayah ku, tak perlu lah nak minta maaf sbb bukannya salah ko...tapi aku masih jugak rasa bersalah...
Tak perlulah nak cerita tentang apa insidennya sbb saya rasa nanti ada plak yg akan terasa. Terus terang saya katakan jauh di sudut hati saya masih terasa dan terkilan dengan insiden tersebut. Raya Aidilfitri tahun 2009 akan selalu berada di ingatan saya kerana insiden tersebut. Ini kerana, saya tak boleh terima perbuatan orang melukakan hati mak dan ayah saya. Saya rasa semua orang pun macam tuh kan....
Memang saya ada snap gambar raya tapi saya tak de mood nak letak dlm blog. Gambar raya di rumah keluarga saya pula memang saya tak snap pun. So tahun nie tak de gambarlah yea...

Thursday, September 17, 2009

Raya Menjelma Lagi...Selamat Hari Raya...

Well, I think most of my colleagues kat office nie dah ber 'mood' Hari Raya...For me plak, I just can't wait to spend my holidays lazying around (eerrrkkk...boleh ker???). Tahun nie saya sekeluarga akan beraya di rumah mertua dulu then baru balik rumah my parent.

Kuih-kuih raya dah siap diambil dan dibayar...(bukan dibuat tau hehehehe...). Standardlah kan, kuih tunjuk dan kuih order...Esok kami sekeluarga akan berangkat ke Johor (sesudah solat Subuh). Hopefully tak ler jam sangat. Malam nie baru nak kemas baju, kuih dan kemas rumah. Terlarat ke saya nak buat semuanya sorang sebab hubby pegi Terawih...tak pe, I must think positive.

So, untuk Mak Wa sekeluarga, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga. Untuk sahabat-sahabat saya semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Jemputlah datang ke rumah....

Monday, September 14, 2009

Tak Lama Lagi Raya....

Diam tak diam, seminggu jea lagi Raya. Puasa tahun nie rasa mcm sekejap jea masa berlalu. Tak perasan pun yang dah 24 hari kita berpuasa. Dalam minggu terakhir nie, tempahan kuih raya yang dah dibuat pada awal bulan puasa, akan diterima. Seperti biasa, siapkan jelah duitnya....hehehehehe.

Tahun nie TM tak bagi sampul duit raya (for the first time nie) so make do dgn sampul duit raya tahun lepas (nasib baik ada lebih lagi). Kalau nak bagi eDuit Raya agak-agaknya ok tak???.....duit raya virtual...hahahahahaha....

Saya akan bercuti start Jumaat nanti 18 September 2009 dan sehingga 27 September 2009. Kawan-kawan plak bila bercutinya????....

Tuesday, September 8, 2009

Shopping Baju Raya...

Jumaat lepas saya bercuti khas untuk bershopping. Shopping apa???....tentulah baju raya. Memang kebetulan SOGO sales preview...cantekkkk!!!!!.

Manage to buy 3 pasang baju raya dan kasut untuk each of anak-anak ku iteww...dan ayahnya pulak berbelanja sakan beli baju untuk diri sendiri. Biarlah, lagipun bukannya selalu...

Then ke Jln TAR untuk scout for baju melayu hubby dan 2 orang anak teruna ku. Payah jugak bila nak cari yg sama warnanya (almaklumlah, kena ikut skim warna yg di approve untuk beraya tahun ini). Susahnya sbb baju budak-budak untuk umur 1 tahun terhad warnanya dan tak banyak yang dijual. At last, berjaya jugak beli sama dengan Naim. Alhamdulillah...

For me, berjaya jugak sambar sepasang baju kurung moden. Jadiklah, beli banyak-banyak nanti tak pakai plak...(betul ke tak pakai???)...

Tak de gambar sbb raya nanti lah baru tayang...jeng...jeng...jeng...

Wednesday, September 2, 2009

'Cuti Merdeka'

Just come back from cuti di kampung. Both kampung to be exact. Seronok bila dapat berbuka di kampung, suasananya meriah...

Rumah mertua:
Keluarga saya, keluarga Kak Wi, keluarga Pak Ngah dan keluarga Lina...ramai tuh...berbuka dgn meriahnya. Penat Chef terulung memasak...hehehehehe

Rumah Mak:
Keluarga saya (yang buat gamatnya sbb anak-anak saya lah) dan keluarga Aunty (dr Kuala Pilah)...pun meriah. Mak saya tetiba jea kata dia kenyang (makan sket jea) sbb dia dah happy tengok anak-anak dan cucunya serta anak saudaranya makan...hehehehehe

Bila waktu nak balik KL tu, saya rasa sedih dan sayu plak. Tak sabar nak balik ketika Hari Raya.

Wednesday, August 26, 2009

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah...

Tak sangka hari ini saya dapat sedikit rezeki yg Co. beri (back dated lagik)...Alhamdulillah dapat masa nak raya nie. Rasa bersemangat nak buat kerja...hehehehehehe

Tuesday, August 25, 2009

Work Station...


After waiting about 2 weeks++, at last tempat duduk saya di office sudah siap di renovate. Tapi bukan saya punya jea, kira semualah yg sama floor dgn saya...hehehe...


Bila dah siap renovate nie, dptlah spacious sket tempatnya. Alhamdulillah...cuma masih belum dapat lagi drawers untuk letak barang-barang...katanya dah order tapi masih tak sampai lagi..tunggu....

p/s: Sorry dgn keadaan yg bersepah tu yea sbb tgh bz buat kerja tapi stop sekejap utk ambil gambar. Kotak kertas di tengah plak utk letak kaki yg lenguh...

Friday, August 21, 2009

Masa itu emas...

Masa begitu mencemburui saya...boleh ke cakap mcm tu atau memang saya yang tak pandai bahagi masa....hehehehe.

Work:
Tapi saya sekarang nie memang banyak kerja tapi I really enjoyed it. From the bottom of my heart, sehingga ke hari nie (lbh kurang sebulan) sejak saya join Div. baru nie, saya rasa sungguh happy. Memang lah semua kerja ada dugaan nya tapi saya rasa sungguh teruja setiap kali menghadapi cabarannya. Berbeza sekali masa saya di tempat lama.

Saya rasa sungguh bersyukur kerana di tempatkan di sini. Saya juga berharap yang saya akan terus berasa seronok melaksanakan tugas di sini dan terus berjaya menjalankan tugas dengan baik. Amin.

Family:
Anak-anak saya semuanya sihat alhamdulillah. Saya berdoa semoga mereka akan sentiasa dilindungi daripada wabak H1N1 khasnya dan penyakit-penyakit lain amnya. Ilman sekarang nie sangat lah lasaknya. Ada sahaj yang dia nak buat selain daripada mengusik kakak dan abangnya. Nantilah saya masukkan gambar latest anak-anak saya sbb sekarang nie saya tak sempat.

Untuk semua yang membaca blog saya, "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih barakah dalam hidup kita semua, Insya Allah".

p/s: Saya dah berjaya menghubungi sahabat lama saya ketika kami sama-sama belajar di UiTM. Uut, I really miss you....

Monday, August 17, 2009

H1N1

Sekarang nie H1N1 semakin mengganas. Ramai yang telah menjadi mangsanya dan ramai jugak lah yang telah terkorban. Pandemik tahap 6 tuh...so untuk peringatan semua, jangan lupa amalkan kebersihan. Cuci tangan selalu dan pakailah mask, demi untuk kesihatan diri dan keluarga.

Tentunya saya sangat risau dengan gejala wabak nie. Rasanya semua ibu-ibu akan risau sbb kita lebih mementingkan anak-anak. So, jangan lupa berdoa banyak kepada Allah Subhanawataala...saya dapat info untuk ubat H1N1 nie:
1. Rendam kurma dalam air kelapa utk 1-2 jam, then makan kurma tersebut dan minum air kelapanya.

2. Minum jos epal hijau (blend sendiri) banyak2 dan minum jus oren...

Kita wajib berusaha dan selebihnya berdoa lah kepada Allah...amin.

Monday, August 10, 2009

"Kenduri Doa Selamat dan Sempena Ramadhan yang akan tiba"...

Just got back from Hubby's kampung...ada buat kenduri doa selamat dan sempena menyambut bulan ramadhan yg akan tiba tak lama lagi. Sekejap jea dah nak puasa semula kan...

Kendurinya semalam, 12 tgh hari kumpulan yaasin lelaki dan 2.30ptg plak kumpulan yaasin perempuan. So you can imagine lah betapa meriahnya semalam...arrive home pukul 1 pagi dan selepas settlekan anak-anak terus snooze....Terlupa ambil gambar walaupun bawak cameranya...memang sungguh terlupa....

So, melalui kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini...semoga mendapat berkat, Insya Allah..amin.

Thursday, August 6, 2009

"Siaran Langsung"

Hari ini bersiaran langsung dari Aras 17 (Selatan)...nyeh..nyeh...nyeh...
Diam tak diam, dah hampir 4 hari saya di div baru. Setakat ini semuanya alhamdulillah.... Kawan-kawan pun semuanya ok dan banyak membantu. Saya dah mula belajar bidang tugas saya dan saya memang kena banyak belajar. Banyak yang saya tak tahu tapi setakat ini apa yang saya buat nie memang seronok, dlm kata lain (tak memboring kan). Bos saya plak setakat nie memang jenis yg understanding dan saya harap berkekalan lah hendaknya.
Seronok jugak dapat jumpa En. Mutalib walaupun tak satu div tapi masih satu floor...anyway, setakat nie memang I seronok buat keje kat sini. Selalu berdoa yg saya akan dapat memberi yg terbaik di sini...amin.

Monday, August 3, 2009

"Yang Pertama"

Hari nie adalah hari pertama saya di Government Sales. Semoga saya dapat buat kerja dengan baik...amin.

Thursday, July 30, 2009

1 more day to go...

Hmmm...esok adalah last day saya kat GP. Tadi tgh hari, ada jamuan makan sempena perpisahan En. Shah, En. Naim (Proton) dan saya. Makan nasi minyak, well at that time memang tgh lapar giler pun. So, kena bagi sepatah dua kata jea, done with it and it's time to eat. Semua memang tgh lapar pun.

Kan, mula-mula ingatkan tak nak pegi. Ingatkan nak Cha-Alif-Bot tapi tak baiklah kan sbb mengenangkan teman-teman yg baik di GP nie. Nasib baik lah masa ucapan tuh, si pomps tu tak de.

Bila dah kenyang giler makan nasi minyak, tentulah petang nie mata mengantuksss gilosss...akan update lagi next week (tapi dah cerita lain plak nanti)...I was praying that there will be no people like pomps at the new Div. Good luck to me....

Tuesday, July 28, 2009

New Post...

Waaahhh...lupa lah nak cerita lagi satu berita gembira untuk saya lah...Semalam saya dah terima surat dr HR mengenai pertukaran saya ke Division baru effective 1 Aug. I was so happy and still happy but at the same time anxious...kenapa??...Takutlah kalau-kalau I tak boleh nak buat keje tuh...tapi kita kena positif dan optimis kan...I know I can do it...
Wish me luck guys.
p/s: dapat tahu yg office lama nak buat majlis perpisahan for a few people that will be going out from GP. I don't feel like it sbbnya I can sense sikap kepura-puraan org...mcm Edward plak boleh baca mind org. Maybe on that day, I emergency leave...ok tak???

Bella...Edward...Jacob...

Dlm previous entry, saya ada bercerita ttg satu buku yang saya baca bertajuk Twilight...so, cerita ini berkisah tentang percintaan Bella dgn Edward dan Jacob plak mencintai Bella...the book was great dan ada sambungan daripada Twilight nie, New Moon(buku kedua), Eclipse(buku ketiga) dan Breaking Dawn(buku keempat). I dah berjaya membeli keempat-empat buku ini dengan bantuan my beloved fren, Isma...thank you dear...
Well, I dah habis baca ke semua buku-buku tersebut dalam masa sebulan...pheww...a lot of reading but I enjoyed it a lot. Sekarang nie, dah tak de buku nak baca, have to scout for new books...untuk sesape yg minat citer love story dan diselitkan dgn supernatural, then I recommend you read this all four books...Happy Reading Everyone...cause I sure did...

Wednesday, July 22, 2009

Post Baru...

Receive good news yesterday, sehinggakan rasa mcm nak melompat dibuatnya. Nak tahu apa berita tuh???....Saya berjaya mendapat tempat di Govenment Sales as Account Manager. I rasa seronok sungguh lah. for the first time since I join Procurement, malam tadi I tidur lena sangat.

Doakan yang terbaik untuk saya yea.

Tuesday, July 21, 2009

Land Hoooo.....

Just got back from Pulau Langkawi. Vacation from Friday until Monday. The wether was hot but raining in the evening. Will update later yea...tak sempat nie...

Tuesday, July 14, 2009

Ilman Berjalan.

So seperti yang telah saya maklumkan bahawa saya telah berjaya menjalankan misi saya untuk mengambil video ketika Ilman berjalan untuk tatapan pembaca terutama sekali Wan dan Atok Hamid...

Sekarang nie Ilman dah laju jugak lah jalan nya....enjoy.....

Friday, July 10, 2009

Birthday Naim (3 Years Old)

Selasa lepas, kami buat sambutan Hari Lahir Naim di Taska. Sebenarnya tarikh hari lahir Naim ialah 26 Jun 2006. Terpaksa buat sambutan kat Taska lambat sebab mencari waktu yang sesuai. Ada ambil gambar tapi guna camera so nantilah saya upload ok....

He was so happy, sampaikan sengih memanjang anak bujang ku itew...kept mentioning yg kek tu kek dia kat kawan-kawan dia. Menyanyi lagu birthday dengan begitu semangat dan meniup lilin with only one blow. Kakak Dina was there beside him when celebrating his birthday but Ilman was not because he was sleeping at that time.

Walau apapun, untuk ketiga-tiga anak Ibu, I Love you so much.....muuaaahhh....

Ilman Dah Jalan...

Sorry sebab dah lama tak update blog nie. Masa sungguh mencemburukan saya gitu...hehehehe. Cuma nak sampaikan berita gembira yang Ilman dah berjalan. Actually, dia start berjalan masa umurnya 1 tahun 2 bulan. Lambatkan...tapi saya tak kisah, as long as he is healthy dan perkembangannya ok, then that's fine. Sekarang nie gigih berjalan dan sesekali cuba untuk melompat-lompat (kes ikut kakak dan abang nya lah nie).
My mom and dad asyik nya lah minta saya ambilkan short video Ilman tgh berjalan tapi saya nie selalu jea lupa. Tak pe, Insya Allah esok saya akan cuba laksanakan misi saya ini. Bila saya dah ambil short video tuh, saya akan upload dalam blod ok....

Thursday, July 2, 2009

N3 Poyosssss....

Rasanya profile aku kat blog nie kena tukar lah, yea lah sekarang nie profile nya "A happy working mother with three fantastic kids and a loving husband"....so sepatutnya "A demotivated working mother...."...hahahahahahahahahahahahaha

Memang hari nie aku rasa sungguh poyo. Ada meeting unit pukul 5 ptg dan ada melambak-lambak keje sendiri dan keje org lain utk aku buat. Dan yg paling kritikal ialah aku masih tak dapat tempat lain sedangkan pompuan tuh without fail men 'torture' mental aku.....sadis sungguh.

Nie bukan rasa hati lagi tapi memang realiti yg pompuan tuh memang asyik cari pasal jea dgn aku walaupun benda2 kecik sekalipun...sampaikan nak cuti pun jadi punca masalah...giler lah dia tuh...aku memnag kena banyak bersabar sehingga lah aku dapat keluar dr sini....

Pssssstttt....Ada exec baru masuk semalam. Rupa-rupanya kawan hubby. Rasa mcm nak beritahu jea kat dia, jangan masuk sini...tapi bahaya wooooo.....

Wednesday, July 1, 2009

Cuti-Cuti...


Gambar masa naik train pusing-pusing Sunway Lagoon

Baru masuk keje hari nie setelah bercuti selama 2 hari. Seronok sungguh lah cuti nie, tapi bila nak naik keje tu lah yg malas sangat nie. Lagilah, nak ngadap ehem..ehem...tue...
Sambung semula cerita bercuti nie. Kami bercuti pada hari Ahad, Isnin dan Selasa. Ahad, kami check in di hotel sunway piramid (resort suites). Seronoklah sebab biliknya besar. Ada dapur, rice cooker, electric kettle, microwave, pinggan, cawan, gelas...dan segala macam tuk nenek lah...katil plak, ada one queen size dan satu lagi single bed...sesuai lah untuk keluarga ku yg 5 orang nie...lepas check in, baring2 jap lepas tu ke Sunway piramid shopping mall utk dinner. Lepas makan kami terus balik bilik dan berehat-rehat...hehehehehe

Isnin plak, before eleven dah terconggok kat depan kaunter Sunway Lagoon. Beli tiket utk 3 park - Water park, Amusement Park dan Wildlife park. Tapi yg tak seronoknya ialah kami lupa bawa camera..so gunalah hp jea. Itupun tak banyak gambar sebab terlupa nak ambil, kes seronok sangat tengok budak-budak tuh happy...dan yg paling happy sekali untuk semua termasuk Ilman ialah Water park lah...pukul 4 baru balik hotel, penat nya tak boleh nak kata....sampai hotel, semuanya mandi pastu semuanya tidur...hahahahahaha...terbongkang kepenatan senuanya...

Selasa plak, kami bangun lewat sket. Bermalas-malasan dan lepas tuh mandi, bersiap dan check out...Bilalah agaknya kami berpeluang untuk ke sana lagi...

Monday, June 22, 2009

I am So STress ouT...

Well, for one thing is that I really need to take a vacation and I really need & desperately need to transfer out of my current division. Every day, I wake up feeling dreadful when its time to go to work. Teruk kan, langsung tak happy pergi keje. Susah hati pergi keje tau....something yang I bukan buat-buat. Cuba untuk berfikiran positif tapi it doesn't help at all.

One incident, happened last week. My boss is so hampehsss, dia nak input on something but she wants it right there and then. Ingat boleh petik jari jea ker. Orang yg beri input plak tak dapat nak bagi due to several problems and excuses. I convey the message, but you know what she did. At that time, she was holding a file and she hempas that file on the table dengan muka yg berang, arahkan I pergi cari org yg ada input tuh and sit down with him so that I can come up with the detail plan and timeline. I was so bengang, I marched out from her room. I rasa kurang ajar sangat buat I mcm tuh. Yea memang I bawah you tapi I bukan kuli batak you atau balachi you. I pun ada harga diri/maruah. I can't forgive her for what she has done to me. Biar hanya Allah sahaja yang membalas segala perbuatannya itu. She is so belagak...

Friday, June 19, 2009

Late again...

So...I came home late again yesterday. Arrive home around 9.30pm. Tired but happy to see the kids. Tak boleh nak buat apa-apa pun sebab badan dan minda dah penat. Makan lepas tuh layan budak-budak nie sambil rehat kan badan then mandi, solat dan tidur. pagi nie bangun pun rasa sakit-sakit semua badan tapi nak buat mcm mana kan, still kena pergi office.

I baru jea dapat tahu yg ada this one lady is so busuk hati. Really I tak sangka to that extend dia boleh buat. Sebab apa dia pedengki sangat pun I am not sure. Takut plak dengar bila dia buat dajal kat one of my good friend. Silap2, I pun dia pedajal jugak cuma I tak tahu jea...sedih lah, namanya Islam tapi hati penuh dengan kepalsuan dan kehitaman.

Thursday, June 18, 2009

Stay Back...


Hmmm...semalam I kena stay back sbb nak siapkan process berkaitan dgn kerja laah kan...kesian kat anak-anak I yang terpaksa menunggu di kereta sehingga I habis kerja. Hubby nak tunggu jugak so after dah settle tu I terus blah...tak tunggu lah untuk present kat bos sbb pd I, process owner lah yg lebih layak untuk present process tuh...


Sampai je rumah semalam, kepala I sakit rasa mcm nak pecah tapi disebabkan rasa bersalah, I gagahkan diri untuk masak nasi dan goreng telur sahaja utk dinner. Tak pelah, nanti hari Ahad, ibu masak special untuk anak-anak ibu dan juga hubby. Bercakap tentang hubby nie, actually I risaulah dgn kesihatan dia sekarang nie. Lately, dia sakit kaki. Jalan pun terdengkot-dengkot. Nak diurut, takut plak jadi lain nanti...makin bengkak ker....so I cuma sapu minyak jea lah dan urut perlahan-lahan...tak tahulah apa sakitnya tuh...


Hari nie, I tak pasti lah sama ada I akan balik lewat lagi atau tidak. Harap-harap tak balik lambat sbb hubby sakit kaki so kesian pulak kalau nak dia jaga anak-anak sorang diri...inilah dilemma ibu yg bekerja...


By the way, semalam memang I piss off dgn bos I. Tak tahulah mcm mana nak gambarkan kemarahan I nie...

Tuesday, June 16, 2009

Naim V1.

Alhamdulillah, dalam masa dua hari nie, Naim tak menangis bila ditinggalkan kat taska. Syukur sangat2. Dia pun nampak lebih ceria, siap nak cium kita bila kita nak pergi kerja tuh...harap2 Naim akan terus berkelakuan sebegitu supaya mudah utk saya dan hubby jugak teacher2 nya kat taska tuh. Ooooo...satu lagi, vocab Naim dah improve quite a lot. Suka sangat kalau dengar dia bercakap. One thing about him, kalau dia bercakap tuh akan penuh dgn sopan, seronok dengar cthnya: "Naim nak makan nasi boleh tak???". nak makan nasi siap tanya macam tuh....
Tapi kalau kita kata tak boleh, siap lah dia punya mengamuk tuh...hehehehehehe

Well, nama pun budak kan...tapi tiga orang anak, ada 3 perangai yg berbeza....semuanya ibu sayang tau....muuuaaahhhh utk anak2 ku yg tiga org itu...

Suddenly BZ...Suddenly DON'T...

Hari nie dimulakan dengan interview lagi....sampai bila lah asyik nak pegi interview jea nie. Blum ada rezeki.....then diteruskan dgn sesuatu yg horror...saya diberi tugasan untuk membantu rakan setugas menyiapkan process improvement. Why me???....Aku dah lah tak faham langsung tentang process dan segala tok nenek yg bersangkut paut dgnnya...
Pastu Boss suruh pulun plak sbb benda nya banyak dan dia nak hujung minggu nie. Giler ke apa???....suka sangat bagi kerja last minutes. Aku tak suka tau...I don't like things yg I tak boleh nak control. Bukan control apa cuma ada kebebasan masa untuk plan and execute. Nie tak, main sedap cakap jea. Lagi satu, suka sangat guna nama Big G utk settlekan keje dia...
Boleh tak kalau aku buat keje sambil lewa jea sbb dah terus terang dia kata yg aku tak perform dan tak deliver kerja. so buat apa aku nak pulun buat keje....Sendiri mahu ingatlah...

Monday, June 15, 2009

Traffic Jam

Pagi nie mana2 jalan semuanya jam. Kenapa??? sbbnya time budak-budak masuk sekolah semua after 2 weeks of school holidays. Nasib baik lah pagi tadi we all keluar rumah awal so manage to arrive at the office before 8 o'clock. Petang nie ada temujanji pukul 4 ptg so I better get ready for that.
Oh, I do hope that I manage to get a post before July. Kalau boleh July nanti, dah out of GP's picture. Why, so that I won't get stuck here. Life never easy. My career pun topple up side down . Penatlah mcm nie. Life plak as usual.
Oh, I really hope to get a new post before July...

Thursday, June 11, 2009

Twilight...

Hahahaha...I manage to get this book 'Twilight' masa balik kampung haritu. Ada book fair kat Giant JB dah belilah buku nie...lupa plak nak ambil gambar buku tuh...3 hari manage to finish the book sbb banyak sangat gangguan. Tak sabar nak beli buku seterusnya, kalau tak salah 'Newmoon' ke apa yea...lupa lah plak.

Seronok gila babas lah buku tuh, terbuai dengan jalan ceritanya di samping Edward - Handsome Vampire...huhuhuhu so kalau sesape yg berminat, gi lah beli buku nie. Seronok tau....

Puan CT, kalau anda membaca blog ku ini...buku nie ke yg awak cari. Kalau nak pinjam, beritahu lah...hehehehehe

New Hobby for Dina & Naim.

Sekarang nie, Dina and especially Naim, suka sangat ke Giant Kota Damansara. Untuk Mak Wa sekeluarga, Kota Damansara dah ada Giant yea (a big one) hehehehehe...Ok, berbalik pada kisah Naim dan Dina nie.

Kenapa yea mereka berdua suka sangat ke sana selain daripada shopping makanan dan mainan yang dorang suka???...sebabnya ada permainan motor atau kereta yg guna kuasa bateri tuh....tgk lah video nya....

Ilman...


Lama tak bercerita tentang anak bongsu ku ini. Ilman semakin aktif dan nampaknya macam dia lebih sikit dr abang dan kakaknya. Maksud aku, lebih dari segi kreativiti nya. At the age of one, dia dah naik basikal mainan kecil kakaknya. Dulu kakak naik basikal tu pun masa dah 2 - 3 tahun. Selain tu, dia dah pandai tolak guna kaki utk ke depan atau ke belakang.


Seterusnya, dia pandai buat bunyi kucing. Kan biasanya kalau kita nampak kucing atau panggil kucing, kita akan bunyi miouwww...so Ilman punpandai jugak. Bila nampak kucing jea, dia akan bunyi miouwww...comel jea tengok muka dia. Geram betul.


Seterusnya, dia suka ikut bunyi-bunyi yg ayah atau ibu dia buat. Mula-mula dia akan dengar sambil tengok mulut kita lepas tu, dia akan berjaya buat bunyi tersebut...cth: aku suka buat bunyi nie...yuuuuuuu huuuuu. Dia pun ikut jugak. Haritu, aku buat yuhuuuuuu...tak sangka plak dia ikut....pastu muka dia selamba jea...


Kalau dengar muzik jea mesti dia akan menari tak kira lah sama ada goyang badan atau kaki atau kedua-duanya sekali. Lastly, kalau nampak tudung aku, dia sibuk nak pakai kat kepala dia. Tengok jealah gambar dia pakai skaf rambut kakak (minnie mouse) tuh....

Wednesday, June 3, 2009

Naim...


Lately nie, Naim asyik jea mengamuk dan kerap menangis...kalau tak dapat benda yg dia nak, mesti dia menangis. Sikit-sikit menangis. Kat rumah asyik lah menangis, bak kata hubby...tak sampai 5 minit dah menangis lagi. Bila sampai taska, mesti dia menangis. Tiap2 hari mcm tuh...



Pagi nie plak, dia menangis dari kereta sampai lah ke taska. Apa benda yg dia nak masa kat kereta tuh pun aku tak tahu. Bengang betul aku...Imagine lah, menangis dgn sekuat suara pastu bergayut plak kat baju aku nie sampai nak jalan pun susah. Dah lah aku nie dukung Ilman, bawak beg jugak, hubby plak sbb dah marah, laju jea jalan buat tak peduli jea...So dgn sape aku patut marah sebenarnya...



Aku faham perasaan hubby yg tension dgn perangai Naim tuh, tapi aku pun tension jugak...lagi plak aku sekarang nie tengah tension dgn bos dan kerja...naik lah tekanan darah aku nie...Aku berdoa kepada Allah supaya Naim berubah akhlak kepada akhlak yg lebih baik dan tak buat perangai menangis nya tu lagi. begitu juga dengan akhlak Dina dan Ilman, semoga diberi akhlak yg baik...Amin...

Thursday, May 28, 2009

Child Abuse...

Tadi seorang rakan ada forward kan email mengenai child abuse yg dilakukan oleh Maid Indonesian. I was so angry when I saw that video. Actually, I have seen half of it before but this time, I saw it until finish. Mak punyalah marah mcm nak meroyan rasanya bila Maid tu pijak2 that young child. How could she???....takkan lah tak de rasa peri kemanusiaan langsung dlm diri.


I tak tahulah dengan you all tapi I memang tak percaya dgn any Maid Indonesian. Bukan setakat kita risaukan anak-anak jea tapi risaukan juga hubby. Mcm2 ceritalah dengar dr rakan2 yang lain mengenai kaedah atau cara Maid nie nak tawan suami orang...nauzubillah...


Depan kita punyalah baik, belakang mengalahkan perangai SYAITAN...sorry yea kalau I guna bahasa kasar nie sbb I geram sangat....Another thing, janganlah percaya kalau dia lembut jea layan hubby kita, ada makna tu sebenarnya...

Chocolate Mania...


Kat -1 bawah office saya nie ada buat gerai dan jual chocolate yang murah dan best seperti Kinder Bueno, Kissess, Cadbury (overseas punya tau) dan mcm-mcm lagi lah. Bagi penggemar chocolate seperti saya nie, tentulah seronok sangat. Habis saya angkut tapi tak lah beli semua. karang mcm lupa diri plak...hehehehehe


Seronok sungguh sbb ada coklat yang dijual murah berbanding harga kat luar...makin gemukssss lah mokcik nie...Tengoklah apa yang telah ku borong hari nie....yeeehhaaaa....

Wednesday, May 27, 2009

Gossip Hangat


Sekarang nie tgh hangat diperkatakan gossip tentang Akhil Hayy dan Waheeda. Sejak wife Akhil tu buka cerita. Apa yang ingin saya luahkan ialah secara ikhlas saya rasa malu dengan cerita ini. Kenapa??...sbbnya yang dijadikan bahan gossip tuh bukan calang2 orangnya, seorang Ustaz. Kita semua tahu bagaimana tingginya pandangan masyarakat terhadap seorang Ustaz. Bila dah jadi hal sebegini, apa pula tohmahan masyarakat kepada insan yg bergelar Ustaz. Inilah yg dikatakan Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga...


Tak berani nak komen banyak2 sbb hanya Allah sahaja yg mengetahui kisah sebenarnya. Tapi bila difikirkan rasional nya, Kalau tak de angin, takkan lah pokok bergoyang....Dunia dah akhir zaman, org yg tidak berilmu mengaku bijak pandai dlm hal agama akan muncul dgn banyaknya. So, pandai2 lah berfikir, yang mana baik yang mana buruk dan yang mana jahat. Semoga diri ini berhijrah daripada yang tak baik kepada yang lbh baik....AMIN....

Tuesday, May 26, 2009

Time Out...

So, hari nie baru naik kerja. MC utk Jumaat dan Isnin. Still rasa tak sihat tapi mana boleh cuti sampai sihat betul-betul....kalau Co. sendiri tu lain lah, hehehehehehe.....

Seronok dan suka hati???....kenapa???...sbb Mak Menakan dan Pak Menakan tak de...tapi ada banyak yg nak kena buat. Bilalah nak dapat tempat lain nie...

Thursday, May 21, 2009

Sakit Kepala...

Pagi nie bangun jea dah sakit kepala. So dlm pukul 10 lbh pegi klinik sbb dah tak tahan sangat. Doktor kata blood pressure tinggi so dapatlah mc dua hari tapi kan......bos tak bagi balik sbb ada banyak slide yg nak kena siapkan utk presentationj esok. Takkan lah tak de org lain lagi yg nak buat.

Serius aku memang dah tak tahan sangat. Kalau tak balik rumah pun tak pe, janji aku dapat rehat sbb dah makan ubat. Kalau kat ofis nie mana boleh rehat...

Monday, May 11, 2009

Ilman Turns One...




Ilman dah setahun on the 29 April 2009. Rasa sekejap jea dah besar. Anak-anak yg lain pun mcm tu juga. Mungkin semua ibu rasa macam tuh...


Happy Birthday Sayang, Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki yg halal, dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin....

Masa Bercuti di JB - Labor Day.

Masa nie kami semua ke Zoo JB. Biasalah, Dina kalau tak melawat kawan-kawannya kat situ, memang tak sah. A few days before balik kampung, dia dah sibuk nak pergi zoo katanya...so on that day, ada plak horse ride bagi sesape yg nak tapi hanya untuk kanak-kanak sahaja yea...

So...Down....

Tak tahu lah kenapa, tapi apa yang saya rasa sekarang adalah sungguh sedih, tak gembira, tak bermotivasi dan tak best. Jumaat lepas saya ada interview dgn Group Marketing. Tak tahulah berjaya atau tidak. Sebenarnya, aku dah tak tahan dah kerja kat sini...

Masih mencari lagi tempat secepat mungkin.

Tuesday, May 5, 2009

Seronoknya Bercuti...

Minggu lepas cuti Hari Pekerja so kami sekeluarga pun pulang ke kampung. Seronok sangat, hilang semua rasa tension tuh. Tapi bila masuk keje semula plak, terus mula tension semula. Mcm mana tuh...

Nie pun dah tak de mood sebab banyak sangat nak buatnya. Tapi saya ada good news. Saya telah dibenarkan keluar dr GP nie dan sekarang nie saya sedang mencari tempat lain.

Tuesday, April 28, 2009

Training..

Two days training far from the office...what a heaven...but tomorrow siaplah, banyak benda nak kena settle...malas nak pikir esok punya kerja. Try to enjoy today's training...

Friday, April 24, 2009

Check Up...

Semalam pegi check BP dan keputusannya sungguh tak bagus. BP saya masih tinggi...huhuhuhu...

Macam mana nak buat nie, saya dah banyak usaha tapi masih tak berjaya. Doakan lah saya semoga saya cepat sembuh dan tak perlu on medication.

Thursday, April 23, 2009

Medical Check Up...

Two days ago, I went to the clinic because not feelin well. Dada rasa ketat dan sengal. Tengkuk plak rasa sakit. Begitu juga di kawasan bahu. My sinus pun tak baik-baik. Doktor check, ada slight fever dan apa yang memeranjatkan I adalah BP. My BP tinggi 142/100, usually BP I tak lah tinggi even masa mengandung pun BP rendah. Doktor suruh datang pagi ini utk check BP lagi dan buat blood test. If tak ok jugak, doktor akan monitor for two months dan kalau masih tinggi BP, baru doktor suruh on medication. I think I know the reason why my BP is high nowadays. Better keep it to myself jealah.

Thursday, April 16, 2009

Havoc (Boleh ker...)

So this week, schedule keje aku dah kembali tight. Macam2 benda nak kena buat. Silap haribulan, balik lambat lah nanti....tapi mungkin tidak sebab hari nie dah Khamis, esok Jumaat...minggu depan, ada kebarangkalian lah...huhuhuhu
Hubby plak semakin sihat, alhamdulillah. Stitches dia dah buka separuh (tapi tak fahamlah kenapa kena buka separuh dulu then a few days after baru buka yg balance jahitan tu...). Well, doktor tu know better kot...sapelah diriku ini...hehehehehe
Anak-anak plak semakin sihat, alhamdulillah jugak lah. Bila anak-anak tak sihat, kita nie sebagai ibu, berserabut kepala jadinya...buat keje pun fikir pasal anak. Itulah dugaan kita sebagai ibu, yea tak???....
Ok, lah sampai di sini dulu celoteh aku nie. Lain kali sambung lagik....

Thursday, April 9, 2009

Hubby...

Semalam dan kelmarin, saya ambil emergency leave sbb hubby tak sihat. So, saya pun tak senang hati nak kerja sbb hubby kena operation. Alhamdulillah, hubby dah selamat menjalani operation tersebut cuma sekarang nie kena banyak berehat dan tak boleh buat kerje berat sehingga luka operation tu baik sepenuhnya.

Hari nie kalau ikutkan hati mcm nak jaga dia kat rumah tapi anak-anak tu tak boleh berenggang dengan ayah nya. Takut nanti hubby merenyah sbb anak-anak so saya terpaksa hantar mereka ke taska dan saya pun pergi kerja. Hopefully, bila dah sorang-sorang kat rumah, hubby lebih selesa dan boleh berehat tanpa gangguan.

Take care yea...

Tuesday, April 7, 2009

Risau...

Anak bujang ku itu asyik nya lah batuk dan selesema. Baru jea baik haritu daripada batuk dan selesema yang lama. Ni kena lagi. Risaulah...ada sesape tak yang ada suggestion utk ubat Naim tue...takkan lah asyik nak bergantung pada ubat jea.

Tak tahulah nak buat mcm mana nie.

Friday, April 3, 2009

Kisah Semalam...

Semalam saya balik lambat sebab ada discussion dengan bos on presentation slide dan itinerary. Kena marah lah plak sbb tak menepati apa yang dia mahu. If only I have the power to read people's mind, tentu senangkan. Keje pun tiptop jea. So after discussion, I pun chow chin chow lah. Tak kosa nak tunggu lagi kat office.

Sampai rumah, anak-anak sambut, hilang sekejap rasa penat badan nie. Bila lepas mandi dan nak masuk tido baru terasa yang badan nie penat sangat. Jam 2 pagi, bangun sbb nak siapkan presentation slide. Bos nak tengok early in the morning. Stay up sampai pukul 4 lbh then tido semula and bangun pukul 6 lbh pagi. Siap-siap utk pegi office.

Nasib baik lah esok cuti so bolehlah rehat sket tapi aku ada comm plan yg perlu disiapkan plak. Tension....

Monday, March 30, 2009

Patutkah aku marah???....

Sekarang nie jam pukul 6.35 petang. Aku masih terconggok kat office sebab aku kena tunggu masa yang sesuai untuk aku jumpa bos besar aku. Mula-mula janji ngan aku jumpa pukul 6 pastu extend plak jadi pukul 7 malam. Sakit tak hati korang kalau jadi aku. Bukan apa, aku nie ada anak-anak kecil yang memerlukan penjagaan dan perhatian dari aku. Lagipun aku nie kan tak de maid/helper. Semua nya kena uruskan sendiri. Dah lah hujung minggu dihabiskan dengan buat keje office. So, patut tak aku marah???...
Kepala aku dah sakit dan rahang gigi aku dah rasa ketat. Itu tandanya aku berada dalam keadaan yg stress sekarang nie. Bab hati aku yg rasa sengal jea nie dah tak payah cerita lah. Kesian kat hubby aku dan anak-anak sbb menunggu aku. So, patutkah aku rasa marah???...
Aku harap dapatlah settlekan keje aku nie pukul 7 malam nanti sbb aku tak tunggu lagi lambat dah. Benci betul lah...

Stress...

Stress mak hujung minggu lepas. Plan nak bersantai-santai dengan family tapi terpaksa pulak buat keje ofis kat rumah. Tension lah. Tak suka bawak keje balik rumah terutama ketika cuti hujung minggu tapi nak buat mcm mana. Bos nak pagi Isnin.

Mula dah terasa tak suka keje kat sini sbb terlalu banyak keje. Memang tengah bengang giler nie. Mananya tak cukup tidur sbb stay up untuk siapkan keje.

Thursday, March 26, 2009

Bersyukur di atas rezeki yang diberi...

Alhamdulillah, saya dah berjaya melalui dua event minggu nie yang mana kedua-duanya memerlukan saya untuk jadi MC. Walaupun panik tapi masih dapat cover lagi. Bersyukur juga sebab tahun nie ada kenaikan gaji walaupun tak banyak. Bila fikirkan dengan economy crisis nie, saya rasa bertuah sangat sebab masih ada keje tetap, bonus dan kenaikan gaji. Tahun depan tak tahu lagi. Doa-doa biarlah bertambah rezekinya.

Naim is getting better after a visit to pakar kanak-kanak. Syukur Alhamdulillah jugak tu...Ilman plak semakin cerdik dan dah pandai berebut mainan dengan kakak dan abangnya. Cuma saya sekarang nie saya rasa masa saya untuk mereka dah makin berkurangan....sedih lah....

Monday, March 23, 2009

Appraisal Year 2008...

Seperti biasa, sekarang nie tengah sibuk dgn keputusan appraisal 2008 kat my Co. Sperti biasa juga saya cuma dapat average jea. Bersyukur lah jugak sbb tak dapat rendah dr tu. Tahun 2009 plak, saya tak tahu lah mcm mana. Tak boleh nak bayangkan. Harap-harap dapat lah paling teruk pun level 3.

Saya masih cuba bertahan dengan situasi keje di ofis baru tapi sekiranya saya dah tak larat, saya terpaksa berterus terang dgn boss utk cari tempat lain. Tak mampu nak stress tiap-tiap hari, nanti darah tinggi atau sakit jantung plak aku nie.

Tuesday, March 17, 2009

Alamak...

Alamak, I kena jadi MC untuk a few of my division punya event. Mcm mana nie...walaupun I nie buat communications tapi I masih tak confident untuk jadi MC. Nerves lah beb!!!! tu yang susah nak hilangkan. Tak semua orang boleh cakap kat depan majlis kan and I am one of them. So please...somebody help me....

Friday, March 13, 2009

24 Hours is Not Enough...






Memanglah manusia nie tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada...dulu, tak banyak keje, kata boring lah hape lah. Sekarang banyak keje, merungut jugak, penat lah, pening lah dan macam-macam lagi. Tu maknanya, I need to change my attitude...tapi kekadang memang terlalu banyak keje sampai tak boleh nak pikir benda lain. Terasa seperti masa tu berlalu dengan sangat pantas (bukan pantas lagi tau...sangat pantas...). Asyik pikir pasal keje jea, so excited dan tak sabar nak tunggu weekends...teruk betul kan perangai I nie.


No comment on my new job. Hectic, tu blum lagi full speed ahead. Baru 2 minggu tapi mcm dah setahun kat sini. Mungkin tak lama kat division nie kot sbb terpaksa mengorbankan masa dengan anak-anak. Apa yang I maksudkan dengan korban masa is I kena balik lambat. I nie bukannya boleh berenggang dgn anak-anak. Waktu balik keje jea kalau boleh nak cepat-cepat ambil anak-anak, dah rasa rindu sangat kat 3 orang tuh...huhuhuhuhuhu. Pada I, anak-anak I tu adalah amanah dr Allah yang I wajib menjaga dan menyayangi mereka sepenuh hati. Lagipun, mereka lah permata hati I dan hubby.

Ilman dan Naim plak masih tak sihat lagi. Risau lah, Insya Allah esok nak bawa Naim ke pakar kanak-kanak. Hopefully, he will get well soon. Sian kat anak bujang I tu yang asyik demam, batuk dan selsema apatah lagi dgn weather yg sekejap-sekejap hujan...walau apapun, hujan itu kan satu rahmat...

p/s: Irdina dah boleh mengaji sendiri, maksud I, dia dah kenal huruf dan bacaan. Maybe it's not a big deal to some of us tapi I am so proud of her. Progress dia dlm pelajaran bagus dan teacher dia kata Irdina rajin cuma dia kena banyak sket senyum. Biasalah anak dara ku itew...suka sangat muncung kan muka. Mungkin terikut masa I mengandung kan dia. At that time, I memang susah nak senyum. Muka asyik monyok dan masam jea...hehehehehe



Wednesday, March 11, 2009

Stress....

Stress mak hari nie...huhuhuhu...banyak keje yang sampai tak tahu mana nak settlekan dulu...macam-macam nak kena buat. Dengan Comm Plan lah yang perlu detail sampai nak kena buat SWOT Analysis lagi, Lunch Talk, Speech GCEO, Calendar Comm utk Division dan segala macam bendalah...


Harap-harap boleh balik cepat hari nie...dah tak larat dah nie, tak produktif pun sekarang nie...

Tuesday, March 10, 2009

Cuti Sempena Maulidur Rasul

Cuti hujung minggu dan hingga hari Isnin telah kami sekeluarga gunakan utk balik kampung. Hubby dan saya cuma ambil cuti sehari pada Jumaat lepas so selepas kerja petang Khamis, kami dah bertolak ke JB. Sampai dalam pukul 9.30 mlm dan anak-anakku semua excited nak jumpa dgn Atok dan Wan nya. Hilang rindu ku kat Mak dan Ayah. Kalaulah boleh selalu balik kampung, tentunya stress ku akan berkurangan selalu. Tenang jea kat kampung. Boleh manja-manja lagi dgn Mak dan Ayah.

I Love You Mom and Dad....dulu tak tahu nak hargai kasih sayang mereka tapi bila kita dah jadi parents, barulah faham mcm mana dalamnya kasih sayang mereka pada kita...

Tuesday, March 3, 2009

First Assignment

Pagi nie saya dah dapat first assignment. Buat Comm Plan utk division nie. First draft due date is on Thursday. Hope I can deliver dengan baik. Wish me luck guys...

Monday, March 2, 2009

My First Day...

So..today is my first day as member of Group Procurement. Baru jea lepas lapor diri kat GM dan VP nya. Tapi saya akan start esok. So, wish me luck yea...I can foresee yang I akan bz di tempat baru nie. Hopefully, I can manage it. I hope I can survive.

Friday, February 27, 2009

Tick...Tock...

Time is ticking and I am counting days for my ultimate freedom from this unit. Today is Friday and starting monday, I will be officially a new member of Group Procurement. What a relief...

Tuesday, February 24, 2009

Hard Time...

How people can make your life miserable...I just don't understand why this lady like to make my life in chaos as if she's happy when I am in trouble. Sampaikan dah nak blah pun ada jea obstacles yang I kena lalui. Thank God I will not be 'here' anymore cause I will go crazy and meroyan because of this lady.
Only Allah is the Almighty yang membalasnya, baik atau buruk, let Him be the judge.

Monday, February 23, 2009

Yabedabedu....huhuhuhu...

Akhirnya yang dinanti telah tiba, surat pertukaran telah selamat saya terima pagi tadi. Dengan rasminya saya akan bertukar ke Division lain bermula 1 Mac 2009. Apa yang saya doakan bermula hari ini ialah agar saya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan baik dan efisien. Semoga Allah juga permudahkan segala urusan pekerjaan saya....amin....


p/s: Sebenarnya takut pun ada nie sbb tak pasti mcm mana situasi kat tempat baru nanti...Hope all will goes well...

Thursday, February 19, 2009

Kesian Irdina...


Semalam ingatkan Irdina dah start kelas berenangnya tapi sebenarnya tak jadi sebab kenderaan yang sepatutnya membawa budak-budak tu rosak. So this week punya kelas batal. Kesian sangat sebab budak-budak semuanya dah bersedia dengan baju berenangnya dan dah siap beratur tapi lastly tak jadi. I boleh imagine betapa hampanya mereka semua.



Wednesday, February 18, 2009

Swimming...


Hari ini adalah hari pertama Irdina masuk kelas berenang yang disediakan di Taska nya. Ok kan, Taska pun ada sediakan kelas berenang. She was so excited sehingga kan bangun pagi pun dengan ceria tak macam selalu yang penuh dengan drama hanky panky nya iteww...Naim plak frust menonggeng sebab tak dapat ikut sama dalam kelas berenang kerana hanya untuk 4, 5 dan 6 tahun sahaja. 3 tahun tak boleh attend lagi...kesian Naim.....so kat sini I masukkan gambar Naim menangis...hehehehehehe

Monday, February 16, 2009

Really Bad Monday!!!...

Got a bad headache since yesterday evening. Thought it would go away after a good night sleep but it turns out to be the worse headache ever...bad monday why??...bad headache and got tons of slides to prepare. Arrrgghhh...after swallow paracetamol pun tak ok lagi nie camne ek???...


Do I need to see the doctor but I'm reluctant to go sbbnya I rasa mcm psyco plak asyik pegi jumpa doctor. Nasihat anyone???

Monday Bluesss...

Monday adalah hari yang paling saya tidak gemari....hehehehehe...teruk kan saya nie. So start masuk keje hingga sekarang saya masih cuba untuk menyiapkan slide presentation. Tinggal beberapa detail lagi, dan slide saya akan siap diolah.


Sekarang nie, saya langsung tak boleh makan udang....semalam makan seekor jea dah sakit hidung, muka dan kepala sbb resdung saya nie menyerang....huhuhuhuhuhu...saya plak tak berani nak makan ubat sebarangan sbb saya masih breastfeed Ilman. Betul kata hubby, mulai saat ini, no more prawn for me....ruginya sbb prawn adalah favourite seafood saya....

Friday, February 13, 2009

Have A Nice Weekend...

To all my friends out there...Have a very nice weekend...

Look forward to spend more time with my family...lagipun cake birthday masih banyak lagi hehehehehehe....

Thursday, February 12, 2009

Happy Birthday Hubby...


Selamat Hari Lahir Sayang, saya sentiasa doakan semoga abang panjang umur dan murah rezeki serta di rahmati Allah sentiasa.


Thanks for being such a lovely husband yang sentiasa bersabar dengan kerenah isteri dan anak-anak mu itew...juga saya berdoa semoga keluarga kita berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat kita berdua dan cucu cicit...amin...


First Born Survey...

Wakakakakaka...Elin ko tag aku...excited nie sbb nie first time mak kena tag...anyway, I will try my best to answer the survey...
Here goes....

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
- No, but I wanted it so much at that time


2. WHAT was your 2nd choice name or your opposite gender name?
- Syamel Irsyad


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
- Excited sangat sampai sengih nearly to the ear


4. HOW OLD WERE YOU?
- 28 tahun (tua kan sbb tu nak anak cepat)


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
- Badan terasa lain. So gatal-gatal lah nak check sendiri. Beli pregnancy test and 'walla'...


6. WHO DID YOU TELL FIRST?
- Tentu lah hubby sebab cuma dia jea yang ada kat rumah masa tuh...


7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
- of course lah....


8. DUE DATE?
- mula-mula doktor kata end of Sept pastu naik jadi 16 Sept


9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
- Bukan morning sickness lagi dah...everyday sickness sbb teruk sangat


10. WHAT DID YOU CRAVE?
- Bubur sumsum pastu tak de yang lain sbb asyik muntah jea tak boleh silap makan langsung


11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
- my boss at that time (because she makes my life like hell) - boss from hell


12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
- Girl


13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
- Nope, I don't mind at all


14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
- 10 kg hehehehehe


15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
- Tak de pun


16. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
- Not applicable


17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
- Banyak sangat complication nya sampai tak larat nak cerita


18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
- Damansara Specialist Centre


19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
- Tak sure lah maybe dalam 1 and half hour jea sampai my gynae terlari-lari masuk labour room sbb takut I dah terberanak


20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
- my dearest darling hubby


21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
- my gynae, nurses dan juga darling hubby


22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
- Natural


23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
- Pain killer inject to my butt and the happy gas


24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
- 2.5kg


25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
- 3rd September 2004


26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
- Nurshafiyyah Irdina


27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
- 4 tahun++


28. WOULD YOU DO IT AGAIN?
- I just gave birth last year to my third son. Stop for now...ok kan....


So, sekarang nie saya nak tag CT aje lah...

Boss Oh Boss!!!...

Apa yang saya nak citer dlm entry nie adalah satu perkara yang biasa sama ada akan, mungkin atau telah kita hadapi sepanjang kita bekerja. Kerana itulah saya pilih tajuk Boss sesuai dengan apa yang saya nak citer nie iaitu ragam boss yang pernah saya jumpa sepanjang karier saya di Co. nie.
Setakat nie saya hanya jumpa boss yang suka mengenakan orang, tak telus dan mcm-mcm ragam serta lorat. Ada yang sampai sanggup mengenakan saya hanya kerana perasaan dengki. Tapi kalau tak ada rasa dengki tu takkan ler orang kenakan orang lain. Yea tak??...Ada kalanya saya mampu bersabar tapi lately nie saya selalu rasa tak sabar (eventually it is not good) sebab bila tak sabar nie saya mungkin akan tersilap kata atau tersilap langkah yg nanti saya akan regret sendiri. Umpama menyiram minyak ke dalam api dan yang terbakar adalah diri saya sendiri. Kan saya nie hanya mentimun (sendiri mau ingatlah...).
Saya pernah dapat seorang boss yang baik...memang baik sangat dan sungguh bertimbang rasa. Seronok saya sebab dapat belajar banyak ilmu-ilmu dan kemahiran yang perlu tapi biasalah sekejap jea saya di bawah pimpinan dia. Kemudiannya saya terpaksa bertukar. Saya juga pernah dapat boss yang boleh di gelar "Boss from Hell"...teruk sungguh saya kena sampai sakit2 tapi alhamdulillah saya berjaya lepaskan diri.
Selalu jugalah saya terfikir kenapa seorang insan sanggup buat insan yang lain semata-mata hanya untuk menunjukkan yang dia ada kuasa. Tak perlu nak menyusahkan orang bawahan kerana mereka juga insan biasa. Hmmm...sebab itulah ada kata bidalan ke peribahasa..."Rambut sama hitam tapi hati lain-lain"...
Pada sesapa yang membaca entry nie, berubah lah kalau selama ini berkelakuan seperti itu. Jadilah seorang boss yang disenangi dan disayangi oleh orang bawahan. Nak tunjuk kuasa pun berpada-padalah, jangan sampai perasan diri tue besar sangat. Ada kuasa yang lebih besar lagi iaitu Allah Subhanawataala....Allahu Akbar...

Wednesday, February 11, 2009

LaZY...WeeKDaYs...

Hmmm...saya sekarang nie dalam minggu yang penuh dengan vitamin M. Buat kerja pun slow macam orang tak cukup makan jea lagaknya. Boss pun dah tak bagi keje sangat mungkin sebab tak lama lagi saya nak tukar division.
Anyway, just want to share with you berita baik...My aunty sekarang nie disahkan mengandung. Alhamdulillah, semoga segala impian Ucu tercapai nanti, Insya Allah....
p/s: Anak-anak ku akan mendapat Uncle atau Aunty lah tak lama lagi. Lebih kurang 8 ++ bulan lagi.

Friday, February 6, 2009

Layannnssss.....

Terbalik lah sikit nak tengoknya....

Pokok Kelapa...


Nampak tak pokok kelapa atas kepala Dina tuh....she is so proud of it. Katanya, walaupun rambut dia dah pendek tapi dia masih boleh ikat rambut juga....lawak plak minah tuh...


Sekarang nie tengah suka mewarna buku-buku warnanya terutama buku mewarna gambar princess yang sangat disayanginya itewww......

Thursday, February 5, 2009

Idea..Anyone???


Saya risau lah dengan anak saya yang bongsu nie. Dia dah 9 bulan tapi masih tak mahu makan bubur nasi. Yang dia makan cuma nestum beras sahaja. Kalau beri nestum perisa lain pun dia tak mahu...macam mana ye??...Saya bimbang dia tak cukup zat ker atau apa ker sbb baby kan nak membesar...setakat nie dia cuma makan nestum beras (plain) dan saya masih breastfeed dia.


So any ideas macam mana nak buat???....tak pe ker gizi pemakanannya tuh??..

Tuesday, February 3, 2009

Rezeki...


Alhamdulillah saya telah mendapat perkhabaran yang sahih bahawa saya berjaya dalam interview saya tempoh hari. Dlm entry sebelum ini, ada saya masukkan luahan hati yg saya sedih sgt sbb saya tak berjaya dan alasan yang diberi adalah sangat sukar utk saya terima. Tiba-tiba, hari Jumaat lepas, lain pula beritanya. Saya pun tak tahu lah mcm mana personnel kat HR tu boleh tersalah bagi info. Tapi tak pe, saya dah maafkan.


Utk mendapatkan post tu saya mesti cari pengganti utk post sedia ada ini, kalau tidak kemungkinan besar saya tidak dilepaskan. Halangan tersebut pun telah saya atasi...syukur sangat. Sekarang nie cuma tunggu surat daripada HR utk confirmkan bila saya boleh lapor diri di tempat baru...


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, suami saya dan anak-anak saya kerana sentiasa mendoakan yang terbaik utk saya. Terima kasih juga kepada kawan-kawan saya yang selalu memberikan sokongan kepada saya juga.


Harapan saya, lepas ni janganlah ada lagi halangan last minute utk saya mendapatkan post tersebut dan semoga saya dapat menjalankan tugas dan amanah yg diberikan dengan baik. Amin...

Friday, January 30, 2009

SURPRISE!!!!...

Ada perkhabaran yang ingin diberitahu kepada semua tapi belum boleh diberitahu lagi sebab belum dapat kepastian (no confirmation yet)...tunggu yea....

Thursday, January 29, 2009

FRUSTRATION!!!!...

I am so frustrated about something. Semalam saya dapat perkhabaran yang sungguh menyakitkan dan sukar untuk saya terima. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya juga mengawal diri saya daripada melakukan perkara-perkara bodoh. I managed to stay cool walaupun hanya Allah jea yang tahu bagaimana bergeloranya hati saya ini.
So today, I'm a bit down. Perasaan nie bercapur-aduk geram, marah, sedih, menyampah dan bermacam-macam lagi lah. Sehinggakan seluruh badan saya menggigil kerana menahan perasaan yang terbuku di dalam hati ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk redha dengan apa yang telah kau takdirkan untuk ku...Amin...
Apa yang boleh saya fikirkan buat masa ini ialah "Setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri dan hanya Allah yang Maha Mengetahui".

Friday, January 23, 2009

Clubbin In My Head...

Macam kenal jea ayat nie yea...hehehehehe...sape yang baca piahrawks tentu tahu apa yang aku maksudkan dengan Clubbin In My Head...Tahu kenapa aku senoneng jea pagi nie, tentulah kerana aku dapat berita yang tak best utk aku compute dlm otakku atau sukar utk aku terima logiknya. Tapi nak buat mcm mana kan, kenalah terima hakikat nya jua...
Beritanya apa???...aku dapat tahu yg sampai sekarang nie pun keputusan interview aku masih tak de lagi dan alasan yg diberi ialah kerana utk band 1 nak naik ke band 2, kena attend assessment dulu. Aduh!!!!.....kalau dah mcm tuh punya regulation, alamat nya sampai ke tua lah baru band 1 dapat naik band 2....huhuhuhu...Kalau dah ada post kosong, naikkan jealah, lepas tu baru buat assessment, tak boleh ker???...
Sorry, sorry lupa plak. Bagi yang membaca blog aku nie dan tak sama Co. tentu tak faham apa yang aku maksudkan. Citer nya mcm nie, kat Co. aku nie guna band dr band 1-4. So bila nak naik pangkat, maknanya ko akan melompat band asal ke band baru cth band 1 ke band 2. So problemnya ialah utk naik band nie ada segala mcm tok nenek assessment dan interview yg kena dilalui dahulu. Ok lah, nak buat mcm mana, kena lah ikut tapi banyak lah tak logiknya dr segi perlaksanaan regulation nie. Itu hanya pendapat aku sebagai org ciput dlm Co., mungkin org besar plak, lain pendapatnya...
That's it. Tak nak lah comment banyak-banyak lagi. So...Clubbin In My Head lah....huhuhuhuhu

Thursday, January 22, 2009

Kecoh...Kecoh...

Hari penilaian MAPS @ Prestasi kerja sudah kembali lagi. Semua orang sibuk mengisi apa-apa yang patut utk evaluation oleh bos...termasuklah aku...
Harapkan dapat prestasi tinggi...I don't think so...anyway, aku bersyukur jika hanya dapat average saja, tak naklah dapat rendah atau kena 'Force Ranking' sbb kalau ikut prosedur Co. skrg nie, sesape yg dapat rendah dr average, tiada bonus dan kenaikan gaji...sedih tau kalau tak de kenaikan gaji tu...
Bilalah dapat keputusan interview yg dulu tu, tension lah asyik menunggu jea mcm menunggu buah tak jatuh...uwaaaaa...

Wednesday, January 21, 2009

Ilman...




Baru naik keje hari ini daripada dua hari menjaga dua org anak ku yang kena chicken pox tu...mcm-mcm insiden yang kelakar berlaku kat rumah masa menjaga budak dorang nie. Irdina dan Ilman are recovering dr serangan mengganas tu dan Alhamdulillah tak berapa teruk sbb dah ambil ubat cepat-cepat. Irdina masih lagi bercuti hari ini dengan dijaga oleh hubby manakala Ilman dah pergi taska.


Ok lah, sekarang nie nak citer pasal Ilman yang tetiba jea pandai melengok-lenggokkan badan mcm menari...cute sungguh. Nanti I masukkan video yg I dah ambil ketika Ilman sedang menari. Serius kelakar (pada I lah..) dan sungguh cute...Irdina plak asyik kata yang dia kena Chicken Rice Shop dan bukannya Chicken Pox...huhuhuhuhu....


Masih menunggu berita tentang interview dua minggu lepas so tak tahulah sama ada I berjaya atau tidak..Penantian itu satu penyiksaan tapi kalau I berjaya, memang I bersyukur sungguh...

Friday, January 16, 2009

Blog utk Release Tension...Clubbin In My Head!!!

My best friend beritahu aku tentang blog minah nie yg memang membuatkan aku tersengih-sengih sorang mcm kerang busuk lagaknya. Thanks my friend sbb perkenalkan aku dgn blog minah nie...I like...

Memang betul seperti yang ko citer tu Elinnn.....

Alahai...

Sedihnya, ada berita yang tak best nie...Ilman, baby comelku itu kena chicken pox plak. Menjangkit abangnya...so dengan pantas kami pun bawak Ilman ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Tan di Klang sbb kawan hubby beritahu yg klinik tu ada vaksin atau some sort of ubat yang boleh kurangkan atau susutkan chicken pox tu. Sampai kat klinik tu, ramai nya lah orang yg seek treatment. Eventually after menunggu about half an hour, barulah giliran Ilman and twenty minutes after that kami dah on the way back to the office dan hantar Ilman kat Taska.
Arrive at the office, sempatlah attend meeting scheduled at 11 o'clock tapi atas beberapa sbb delay sket lah masa start. Tengah-tengah meeting, taska call yang bisul Naim dah pecah and it's bleeding continuosly. Alamak, nie satu hal lagi yg buat tak senang duduk jea. So, after habis meeting, berlari pergi ke taska utk tengok keadaan Naim tapi anak ku itu dah tidur dgn nyenyaknya. Beritahu kat teacher nya, in case makin teruk, minta inform supaya dapat segera ke klinik.
So...hari ini masa berlalu dgn pantas. Kaki aku pun dah menggigil sbb kepenatan berjalan. Almaklumlah, office aku dengan taska tu tak lah dekat sangat...berbukit plak tuh...tapi kan biasalah, kalau ibu/mama/umi/mak/mummy dan yang semaksud dgnnya, akan lakukan apa sahaja untuk anak-anak tersayang. Bila sendiri dah jadi ibu, barulah faham dan sedar bagaimana perasaan ibu kita selama ini yang membelai dan menjaga kita sehingga dewasa. Begitu juga dengan kasih-sayang ayah...

Tuesday, January 13, 2009

Bertepung Tawar ahakss...




Tengoklah Naim putih mcm tepung komak lagaknya setelah berbedak dengan daun semambu dan beras. Lepas dua tiga kali berbedak, Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara pada cengkeringnya - nampak kering dan Naim taklah merenggek sbb gatal. So, tengok jealah muka Naim bertepung tawar dgn bedak special yg dibuat oleh 'Wan' nya.

Kepulangan Dari Menunaikan Haji.

Alhamdulillah, mak dan ayah dah pulang selepas mengerjakan ibadat haji pada Khamis, 8 Jan 09. Kedua-duanya sihat cuma batuk-batuk sikit jea. So on Friday 9 Jan 09, kami sekeluarga bertolak ke Kuala Pilah dari KL untuk mengambil kereta ayah di rumah makcik. Petang itu juga, kami bergerak ke JB. Sampai JB nearly 10 o'clock. Semuanya letih tapi bersyukur kerana sampai dengan selamatnya.

Tuesday, January 6, 2009

Latest News...













Well, today I'm at the office. Kan bergilir-gilir dengan hubby cuti utk menjaga Naim. Manage to snap some pics of Naim's cengkering...

By the way, I dah pergi interview tu this morning. Alhamdulillah for me, Ok kot. Berdoa jealah lepas nie. Harap-harap dapat. Aminnnnn...

Friday, January 2, 2009

OH MY GOD!!!!!


Bad news guys...baru realise pagi tadi yang my eldest son start kena "cengkering". Badan dia dah naik spots. Tahu tak apa tu cengkering...kalau chicken pox atau demam campak tu yang merah-merah tapi cengkering nie yang tumbuh biji-biji dan dalamnya berair....kesian Naim...


Bermulanya tahun baru dengan cabaran baru...Naim kena cengkering...tapi ada berita yang seronok jugak, I am going for an interview...doakan lah saya berjaya dalam interview tersebut yea. Walaupun dah banyak kali pergi interview tapi masih juga gugup dan berdebar-debar...

Doakan saya berjaya yea kawan-kawan...really hope for the best...

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009

Selamat menyambut Tahun Baru 2009. Bila difikirkan, banyak perkara berlaku dlm tahun 2008 tapi kita haruslah berfikiran positif. Betul tak??...Setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya...tapi yang paling istimewa seperti istimewanya tahun 2004 dan 2006 adalah lahirnya putera ku yang ketiga Muhammad Syahmi Ilman. 2004 puteriku yang pertama Nurshafiyyah Irdina, 2006 pula adalah puteraku yang kedua Muhammad Syamel Irsyad. Alhamdulillah, Allah masih memberiku peluang utk bersama kalian.

Semoga tahun 2009 akan lebih baik dari segi kehidupan dan kerjaya utkku dan keluarga ku serta kawan-kawan ku sekalian....Insya Allah...