Monday, September 20, 2010

Kehidupan...

Ku sangka panas sampai ke petang tapi...entahlah, mendalam sungguh maksud ayat tu. Terlalu sedih hingga tak tahu nak tulis mcm mana. Nak luahkan, air mata ini yg laju keluarnya sedangkan kata-kata terbungkam sepi...


Hanya pada mu Ya Allah, hamba mu yg lemah ini berserah. Berilah kekuatan pada ku untuk menharungi dugaan yg mendatang. Kuatkan lah imanku dan teguhkan lah keyakinan ku pada kekuasaanmu. Kerana aku hanyalah insan yg lemah, demi anak-anak yg sangat ku sayangi, aku tetap melangkah satu persatu walau kadang kala aku tersadung jatuh.


Hanya Allah yg memahami. Mungkin aku terlalu sensitif, mungkin aku terlalu memikirkannya tapi lumrah manusia, begitu lah keadaannya...

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya

Salam semua kepada rakan-rakan blog, di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan:

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"
Kepada yang akan pulang ke kampung, drive carefully, semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan keindahan kepada semua. Take care...