Thursday, September 17, 2009

Raya Menjelma Lagi...Selamat Hari Raya...

Well, I think most of my colleagues kat office nie dah ber 'mood' Hari Raya...For me plak, I just can't wait to spend my holidays lazying around (eerrrkkk...boleh ker???). Tahun nie saya sekeluarga akan beraya di rumah mertua dulu then baru balik rumah my parent.

Kuih-kuih raya dah siap diambil dan dibayar...(bukan dibuat tau hehehehe...). Standardlah kan, kuih tunjuk dan kuih order...Esok kami sekeluarga akan berangkat ke Johor (sesudah solat Subuh). Hopefully tak ler jam sangat. Malam nie baru nak kemas baju, kuih dan kemas rumah. Terlarat ke saya nak buat semuanya sorang sebab hubby pegi Terawih...tak pe, I must think positive.

So, untuk Mak Wa sekeluarga, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga. Untuk sahabat-sahabat saya semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Jemputlah datang ke rumah....

Monday, September 14, 2009

Tak Lama Lagi Raya....

Diam tak diam, seminggu jea lagi Raya. Puasa tahun nie rasa mcm sekejap jea masa berlalu. Tak perasan pun yang dah 24 hari kita berpuasa. Dalam minggu terakhir nie, tempahan kuih raya yang dah dibuat pada awal bulan puasa, akan diterima. Seperti biasa, siapkan jelah duitnya....hehehehehe.

Tahun nie TM tak bagi sampul duit raya (for the first time nie) so make do dgn sampul duit raya tahun lepas (nasib baik ada lebih lagi). Kalau nak bagi eDuit Raya agak-agaknya ok tak???.....duit raya virtual...hahahahahaha....

Saya akan bercuti start Jumaat nanti 18 September 2009 dan sehingga 27 September 2009. Kawan-kawan plak bila bercutinya????....

Tuesday, September 8, 2009

Shopping Baju Raya...

Jumaat lepas saya bercuti khas untuk bershopping. Shopping apa???....tentulah baju raya. Memang kebetulan SOGO sales preview...cantekkkk!!!!!.

Manage to buy 3 pasang baju raya dan kasut untuk each of anak-anak ku iteww...dan ayahnya pulak berbelanja sakan beli baju untuk diri sendiri. Biarlah, lagipun bukannya selalu...

Then ke Jln TAR untuk scout for baju melayu hubby dan 2 orang anak teruna ku. Payah jugak bila nak cari yg sama warnanya (almaklumlah, kena ikut skim warna yg di approve untuk beraya tahun ini). Susahnya sbb baju budak-budak untuk umur 1 tahun terhad warnanya dan tak banyak yang dijual. At last, berjaya jugak beli sama dengan Naim. Alhamdulillah...

For me, berjaya jugak sambar sepasang baju kurung moden. Jadiklah, beli banyak-banyak nanti tak pakai plak...(betul ke tak pakai???)...

Tak de gambar sbb raya nanti lah baru tayang...jeng...jeng...jeng...

Wednesday, September 2, 2009

'Cuti Merdeka'

Just come back from cuti di kampung. Both kampung to be exact. Seronok bila dapat berbuka di kampung, suasananya meriah...

Rumah mertua:
Keluarga saya, keluarga Kak Wi, keluarga Pak Ngah dan keluarga Lina...ramai tuh...berbuka dgn meriahnya. Penat Chef terulung memasak...hehehehehe

Rumah Mak:
Keluarga saya (yang buat gamatnya sbb anak-anak saya lah) dan keluarga Aunty (dr Kuala Pilah)...pun meriah. Mak saya tetiba jea kata dia kenyang (makan sket jea) sbb dia dah happy tengok anak-anak dan cucunya serta anak saudaranya makan...hehehehehe

Bila waktu nak balik KL tu, saya rasa sedih dan sayu plak. Tak sabar nak balik ketika Hari Raya.