Tuesday, December 14, 2010

Driving...

Sejak dapat lesen haritu, aku cuma berjaya drive kereta 3 kali jea. Sebabnya, hubby aku tuh bagi a lot of excuses bila aku request nak drive kereta. Yea lah, aku nak jugak mahirkan pemanduan aku yg tak seberapa nie sbb starting Jan nanti, silap-silap aku kena balik sendiri untuk ambil Dina dari sekolah.

The last time aku drive ialah Ahad lepas, itupun cuma pergi kedai dan ditemani oleh hubby. Dia yg gabra sangat, siap tengkingnya aku...bukannya aku langgar org ke atau langgar kereta tapi dia yg lebih-lebih marah aku...Garang giler lah pada aku...

Buatkan mood aku tak best jea kalau nak drive kereta lps nie...huhuhuhuhu

Friday, November 12, 2010

Big Time, Baby...

Mungkin pada org lain benda tu biasa je tapi untuk aku yang dah separuh abad nie (ehh, yea ke dah separuh abad) ianya sesuatu yang sangat-sangat BIG TIME...

Memang aku tak sangka sungguh yang aku berjaya juga mendapatkan lesen memandu kapal selam...hehehehe...memang agak dah terlambat usia tapi aku berjaya jugak. To tell you the truth, aku memang takut giler utk membawa kereta, tapi I manage to overcome my fear...x sangka betul...

Yeay, aku lulus dgn sekali jea test. Alhamdulillah.....

Monday, November 8, 2010

Damn....

Just don't understand...dah buat salah kat orang tapi masih lagi buat muka mcm siot jea...muka berlagak sungguh. Org mcm tu tak sepatutnya dibuat kawan. So pengajaran utk I, next time buat tak tahu jea dgn org mcm tu.


Ramai lagi org yg baik2 utk dibuat kawan.....

Friday, October 29, 2010

BIG Day...

Selasa lepas adalah 'BIG DAY' untuk saya. Had to go for interview yang akan menentukan nasib saya seterusnya...

Sekarang setelah lepas menghadapi 'BIG DAY' tersebut, saya risau pula dgn resultnya. Berjaya ke tidak. Takut lah....

Monday, September 20, 2010

Kehidupan...

Ku sangka panas sampai ke petang tapi...entahlah, mendalam sungguh maksud ayat tu. Terlalu sedih hingga tak tahu nak tulis mcm mana. Nak luahkan, air mata ini yg laju keluarnya sedangkan kata-kata terbungkam sepi...


Hanya pada mu Ya Allah, hamba mu yg lemah ini berserah. Berilah kekuatan pada ku untuk menharungi dugaan yg mendatang. Kuatkan lah imanku dan teguhkan lah keyakinan ku pada kekuasaanmu. Kerana aku hanyalah insan yg lemah, demi anak-anak yg sangat ku sayangi, aku tetap melangkah satu persatu walau kadang kala aku tersadung jatuh.


Hanya Allah yg memahami. Mungkin aku terlalu sensitif, mungkin aku terlalu memikirkannya tapi lumrah manusia, begitu lah keadaannya...

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya

Salam semua kepada rakan-rakan blog, di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan:

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"
Kepada yang akan pulang ke kampung, drive carefully, semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan keindahan kepada semua. Take care...

Tuesday, August 24, 2010

Baju Raya

Kawan-kawan semua dah siap beli baju raya?, tak kiralah untuk sendiri ke, anak-anak, hubby ataupun utk mak pak...

Tahun nie, saya buat persiapan beli baju raya awal sedikit. Sebelum puasa dah beli hehehehehe, kebetulan SOGO Sales awal...setiap tahun memang saya shopping di SOGO untuk baju raya anak-anak sbb saya rasa banyak choice berbanding dgn tmpt yg lain. Setakat nie, harganya juga berpatutan...bolehlah...kalau time Membership Card Sales, cuma yg tak tahan tu, ramai sangat org. Yea lah, bukan nya saya jea yg nak raya...

Kuih-kuih raya pula saya dah tempah untuk rumah saya dan rumah mak. Seperti biasa lah, saya kan sponsor kuih raya....hehehehehehe.

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Ramadhan yang Mulia

Hadirnya bulan Ramadhan yang mulia ini, saya selalu mengingatkan diri sendiri yang sering alpa ini agar berusaha untuk beramal ibadat. Juga, menjaga tingkah laku dan kawal kemarahan saya. Namun, dugaan sentiasa melanda. Kena banyak bersabar...terutama dalam menangani kerenah anak-anak. Subhanallah...

Wednesday, July 21, 2010

Ampunnnn....

Lama sungguh saya tak update, sebenarnya banyak benda yang berlaku cuma saya tak tahu nak tulis dalam blog nie. Lagipun, takut ianya menyinggung perasaan orang-orang tertentu.


Setiap manusia semuanya ada masalah. Begitu juga saya, dari masalah kerja, ke masalah rumahtangga, masalah anak-anak dan konflik diri. Cuma apa yang saya pasti ialah Alhamdulillah saya masih mampu bersabar walaupun kadang kala tu mcm tak sabar. Ada satu jea yg memang saya tetap tak puas hati, tak pe, start daripada insiden tu, saya takkan tegur pompuan giler meroyan tu sampai bila-bila. Tahap kesabaran manusia ada hadnya dan saya dah cuba utk tidak membenci dia. Tapi insiden haritu membuatkan saya nampak dia "kecik jea" dari pandangan mata saya nie.


Memang saya tak respect langsung dia, sorry lah...cermin dulu diri tu. Pada saya, dia adalah seorang pompuan gila yang gilakan L.O. Apa makna L.O tu biar saya dan kawan2 rapat jea yg tahu....Jangan harap saya nak berkawan atau bercakap pun dgn dia lagi after this.

Saya terpaksa berkias sbb tak nak nanti ada org2 tertentu yg tahu siapa yg saya maksudkan itu.

Wednesday, June 23, 2010

Buzzzzzyyyyyy.....

Too many things to do but so little time....boleh ka???
...Allah berikan kita masa 24 jam, tentu lah ada hikmahnya supaya kita tak terlalu over-worked...hahahahahaha


Time macam nie punyalah stress, tetiba jea teringat percutian. Masa tak sesuai untuk pergi bercuti lah plak....huhuhuhuhu...

Friday, June 4, 2010

Dugaan demi dugaan yang datang...

Lepas satu datang lagi satu dugaan, hmmmm...tak tahulah nak kata apa. Kena banyak bersabar dan kawal emosi. Sbb saya nie sensitif sket. Lagipun bila kita tengah marah dan tak puas hati, tak baik kalau bersemuka...jadi lain plak nanti...

So, tunggu saya cool down dahulu then bolehlah fikir next step yg perlu saya ambil serta bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Dahsyat bunyi nya kan...hehehehehe

Pray for me supaya semuanya jalan smoothly. Juga doakan lah saya semoga ketua saya nampak kebenaran terletak di pihak saya.

Thursday, June 3, 2010

A Famosa...







Lamanya tak update blog. Sorry lah yea, mcm tak de mood sungguh. Lagipun baru beberapa hari balik dari bercuti....Yes, bercuti sekeluarga di Melaka saje iaitu di A Famosa Resort. Seronok jugalah bercuti sbb saya dan anak-anak nie animal lover...

Di A Famosa ada animal park, water park, cowboy town, recreation park dan a few others lagi lah. Nak memancing atau naik buggy pun ada. Tapi kami cuma pergi tiga park sahaja. Animal, water dan Cowboy Town.

Tidur plak di Savoy Condo dan berjalan ke semua park tersebut guna Banana Truck yg bayar RM1 seorang untuk dewasa dan kanak-kanak free. Tak payah pening nak fikir parking. Pengalaman untuk anak-anak saya jugak lah, memang mereka seronok giler.

Antara pengalaman kami ialah naik gajah, tgk persembahan animal, naik truck dan masuk animal safari, naik tube besar satu family pastu turun slide berair di water park. Serius saya seriau giler, siap jerit-jerit lagi tapi anak-anak saya boleh gelak-gelak jea...especially si Ilman tuh...nampak sungguh mak nya yang penakut lebih hahahahahaha....

Friday, May 21, 2010

Kena tipu...

Hmmm...memang piss off giler bila dapat tahu yg I dah ditipu. Kita nie punyalah lurus bendul tapi org lain sesedap hati jea menipu kita. Tu lah, lain kali kalau nak beli something tu kena buat homework dan survey dulu betul-betul...

Bila dah tahu ditipu, I pergilah semula ke kedai tu and serang lah org yg jual tu. I pulang balik brg tu and tukar dgn barang lain yg ORI....nasib baik dapat pulang balik dan dapat ganti.

Anyway, lesson learnt lah...rugilah sket tapi it is better than guna brg tu yg functionnya ntah apa-apa ntah...

Monday, May 3, 2010

Hasil Rembatan yang MAHA Hebat...

Sabtu lepas, I went to Carpark opposite Subang Airport. Alaaa...Subang Airport lama lah yang sekarang nie jadi airport utk Fireflyz plak tuh. Ada karnival jualan murah so managed to buy some of baju anak-anak and mainan lah of course.

Jeng..jeng...jeng, ada satu lagi yg berjaya dirembat ketika shopping di sana but let it be a secret..hehehehehe....I think that's the best hasil rembatan yang I berjaya lakukan sehingga kan I still tersenyum jea bila teringatkan nya....kronik dah nie.

Thank you Allah, for giving a chance and rezeki to have my hasil rembatan iteww....and memang menggembirakan hati I sekurang-kurangnya I rasa I deserve it.

Friday, April 30, 2010

Tiada Mood...

Tiada mood untuk update blog ini buat masa sekarang. Bila dah ada mood, saya akan update dgn citer yea. Biasalah, hati sedang gundah gulana, so blur jea nak tulis apa.

Wednesday, April 21, 2010

Berarak Mendung Kelabu...

Sehingga hari ini, keadaan cuaca rumahtangga saya sedikit cerah berbanding sebelum-sebelum ini. Setelah hujan ribut melanda sehingga mengakibatkan bah besar, kini saya harus terus tabah menempuh dugaan yang Allah berikan. Langit tak selalu cerah, itulah ketentuan Allah.
Saya harus tabah demi anak-anak. Saya tak mahu anak-anak melihat kesedihan saya. Saya dah tengok reaksi anak-anak saya bila saya sedih. Ia menganggu emosi mereka secara tidak langsung terutama sekali anak sulung saya. Mungkin kerana dia lebih faham apa yang sedang berlaku.
Demi anak-anak saya yang saya sayangi, saya harus sabar dan tabah. Demi anak-anak....doakan yang terbaik untuk saya...

Thursday, April 15, 2010

Rintihan Si Isteri...

Bila rumahtangga dilanda rasa tidak percaya, terlalu banyak timbul tanda tanya yang memerlukan penjelasan. Namun, si isteri tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya. Banyak rahsia yang terpendam.
Apabila si isteri memanjatkan doa supaya diberi petunjuk oleh ALLAH sekiranya si suami ada rahsia di belakang isteri, tiba-tiba muncul sesuatu yang membuatkan isteri tertanya-tanya adakah sesuatu yang muncul itu suatu petunjuk dari ALLAH seperti yang telah didoakan oleh isteri sebelum ini...
Adakah si isteri mengikut perasaan sahaja. Apa yang perlu si isteri buat. Sedangkan rumahtangga bagaikan cermin yang terdapat garis-garis retak yang mungkin akan bertambah dan seterusnya berderai.
Kali ini si isteri memang perlukan nasihat dan pandangan dari rakan-rakan sejati....dan mungkin juga sokongan...terlalu buntu fikiran ini...dugaan yang ALLAH berikan...Adakah si isteri kuat untuk menempuhnya dan adakah hati si isteri masih punya rasa kemaafan...

Monday, April 12, 2010

Feeling Blue...

Sooo much feelings that builds inside my heart but so few words to describe.
Only tears streaming down as a result of agony inside my heart.
Hope Allah can give me enough strength and lots of patient...
p/s: Sorry guys, I am really feeling down right now...

Monday, March 29, 2010

Gunug Berapi Hampir Molotup!!!...

I just don't understand why one of my colleague always taichi work to me. Padahal taraf sama jea, tapi berlagak giler mcm dia bos plak. Semua saya nak kena buat sedangkan tu keje dia. Yang tak tahan tuh, bagi arahan kat saya. Who the hell are you????!!!!

Mcm bagus tapi sebenarnya tong kosong jea. Pandai cakap tapi tak buat keje. Yg pelik nya, bos bermatian pertahan kan dia, siap cakap tak payah bebankan keje kat dia walaupun memang tu keje dia. Habis tuh aku nie???....bukan keje aku tapi aku yg buat...bos nampak tak???mcm tak nampak jea sbb tak habis2 aku yg kena marah....pasal si gemukssss tu lah...nie aku memang marah giler nie...

Tuesday, March 23, 2010

Bengang...

Hmmm...bila dah petang-petang nie dapat sms dr bos supaya jgn balik dulu sebab nak discuss tentang kerja adalah sesuatu yang sungguh saya tak suka. Firstly, terpaksa tunggu bos habis meeting yang tak tahulah pukul brape nanti dan secondly, benda yg nak di discuss tuh, dah saya explain pagi tadi...
Memang saya tak faham, apa lagi yg dia nak...padahal saya dah berusaha dengan gigihnya. Memang saya tahu yang banyak lagi saya belum settlekan iaitu bad debt tapi saya manage tu kurangkan yg mana boleh dulu...bak kata org tua, yg dahulu, di dahulukan...betul tak???...
Bila dah petang2 nie, dengan ditambah kebengkekan hati, mulalah merapu jea aku nie...Anyway, memang aku tak suka kalau asyik kena tanya jea. Bukan sbb tak boleh kena tanya tapi aku takut tak boleh nak jawab soalan yang ditanya. Almaklumlah, aku nie kan baru setahun jagung kat sini. Once tak boleh nak jawab, ada beberapa ayat baik punya yang akan keluar...yang boleh mengguris hati dan perasaan aku.

Tuesday, March 16, 2010

New Look!!!



Ahad lepas, Ilman potong rambut. Nie kira first time lah dia potong rambut di kedai. Hubby kata dia langsung tak menangis, duk senyap jea...tapi saya suka dgn new look nya itew...sedibik rupa ayahnya....

Tuesday, March 9, 2010

Kejutan...

Saya telah menerima satu kejutan hari ini. Nasib baik lah tak de sakit jantung. Mcm tak percaya tapi bersyukurlah dengan apa yang saya dapat...Alhamdulillah...

Friday, March 5, 2010

Birthday Hubby...




Sorry sbb lambat masukkan entry nie sbb tiada masa...

Birthday nie disambut di rumah saje dgn anak-anak....yang penting semua happy...harap hubby suka dgn hadiah yang diterima dari kami semua...
Irdina arahkan semua kena pakai topeng muka...hahahahaha....
"Happy Birthday Sayang, Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah"




Sambutan Maulidur Rasul...










Setiap tahun, taska anak-anak saya akan buat sambutan Maulidur Rasul so tahun nie tak kurang meriahnya. Mungkin sbb Irdina dan Naim dah besar sket. So mereka excited sangat bila tiba harinya.


On that day, bangun pagi pun senang dikejutkan, alhamdulillah. Pakai baju kurung dan baju melayu sehinggakan Ilman pun nak pakai baju melayu sama. Irdina dengan baju kurung dan tudung, Naim pula baju melayu dan songkok.


Bila tengok masing-masing dah siap, rasanya mcm cepat sangat anak-anak saya ini membesar. Tapi saya bersyukur sangat kepada Allah kerana dikurniakan keluarga yang bahagia....Alhamdulillah.....

Tuesday, March 2, 2010

Pokok Hiasan...


Masa hari ahad lepas, hubby sibuk nak beli pokok hiasan yang kecil untuk letak di meja ofisnya. So, he requested me to pick one for him. Siap cakap, nak pokok yang senang dijaga, cantik dan yang paling kelakar sekali pada I, ialah dia minta pokok yang tak membesar...nama pun pokok kan, semuanya akan membesar...unless lah pokok yang mati.


So, bila pegi beli kat nursery pokok, I pun sambar lah satu utk letak kat meja I. Kata org yang jual pokok nie, ianya cactus tapi tak mcm cactus kan...pada I, kalau cactus tu semuanya yang berduri-duri dan sama jea bentuknya....

Wednesday, February 17, 2010

Maaf....

Maaf lah sebab dah lama tak update blog nie. Tak berkesempatan lah, banyak sangat keje yg perlu diselesaikan. Anyway, saya harap semua nya sihat-sihat belaka cuma kesihatan saya dan anak-anak kurang memberangsangkan....

Cuti Raya Cina yang lepas, kami tak ke mana-mana pun. Cuma ke ruma kawan hubby di Bangi. Cantiknya rumah dia...semi-D tapi memang best banget....kalaulah rumah tu I yang empunya. Terfikir lah plak, banyak sungguh duit dorang yea...dgn gaji I dan hubby, tak mampu nak beli rumah mcm tuh, apalagi nak hias bagai mcm rumah yg I pergi tuh...really...first expression masa sampai kat rumah tuh, I menganga you....

Sayangnya I tak ambil gambar sbb segan dgn tuan rumah, kalau ambil kan best, boleh masuk dalam blog...walau mcm mana sekalipun, I dah berkenan kat rumah tuh...huhuhuhu

My Dream house lah kiranya...

Friday, January 22, 2010

Sales Kick-Off Convention 2010

I'm off to PD this morning for Sales Kick-Off Convention 2010...sedih lah sbb tinggalkan anak-anak especially yang kecik tu sbb he's my bantal bucuk aka bantal peluk...kan bagus kalau tak payah pergi or kalau boleh bawak anak-anak semua sekali tapi it will never going to happen lah kan...

Tak per lah, nanti bila balik dari PD, I cium puas2 budak-budak tuh....

Anyway, ada hutang yg belum I tunaskan, entry utk Bercuti di PD tapi kalau dah lama sangat dah basi lah plak kan...hectic kerja sampai tak sempat nak buat entry. So, Insya Allah, saya kembali ke pangkuan keluarga pada hari Ahad nanti....Adiossss....

Tuesday, January 12, 2010

TAG...merapu

I kena tag you...so here we go...

1. Adakah anda rasa anda HOT???
- Tak rasa HOT sbb skrg nie kat ofis sejuk sangat....

2. Upload gambar kegemaran
- Gambar kegemaran saya ialah gambar Family (Raya tahun 2009)

3. Cerita pasal gambar
- Gambar raya sekeluarga tu diambil tanpa plan sebenarnya. Masa tu Raya Pertama, baru jea balik beraya dari rumah sedara mara. Kalau tak silap masa tu dah petang. Tetiba jea Hubby cadangkan pergi bergambar sekeluarga. Saya pun ON saje. Luckily, gambar tu turn out well...

4. Bila kali terakhir makan pizza
- Hmmmm...dah lama sangat sampai tak ingat.

5. Lagu terakhir anda dengar
- Tajuk lagu: Pergi oleh penyanyi Aizat.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
- Buat keje lah apa lagi....hehehehehe

7. Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
- Awak by Hubby (tak romantik langsung kan...), Pijot by my frens (nie kawan rapat jea tau)

8. Tag lagi 8 orang
- Ala...bab bie lah yang tak kosa nak buat sbb tak tahu nak tag sape...
1. Siti
2. Ezlin
3. Kak Long Atiqah
4. viruspadu
Cukup lah kot...sori na....

9. Siapakah orang no.1 kepada anda?
- Tak pernah terfikir plak sbb ada a few yg memang cukup penting dalam hati saya...

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5.
- hahahahaha, tak yah jawab sbb tak de org ke 5. (selamat aku...)

11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
- Dia single lagi, kalau boyfren tu tak tahu lah sbb dia nun jauh di US.

12. Bagaimana pula dengan no. 4?
- Dgn hubby kesayangan dia lah...kan....

13. Pesanan kepada orang no. 6?
- Nie tak relevant langsung...hehehehehe

14. Kata-kata cinta untuk no. 2?
- Teman yang baik sukar dicari...

15. Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
- Tak yah jawab lah kan...

16. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda?
1) Nama dia unik sungguh "lady"
2) Orgnya putih gebu gitu
3) Sarawakian...betul ke eja mcm tuh...
4) Married to beloved lover dia...
5) sangat berkebolehan dlm tugasnya (that is so true my fren...)

17. Persamaan antara kambing ngan lembu?
-Apa lah punya soalan...saiz nya

18. Perasaan anda buat tag ini?
- Penat sbb panjang sangat...

19. Adakah anda tahu si razman itu sengal?
- Laaa....sape plak Razman nie...

20. GAY or LESS??
- Huh????!!!!

Nasib baik dah habis....wassalam.....

Monday, January 4, 2010

2010...

Selamat Menyambut Tahun Baru, semoga lebih bersemangat dalam melaksanakan apa jua tugasan atau perbuatan serta pekerjaan sama ada untuk keluarga atau kerjaya juga untuk diri sendiri...
Kalau difikirkan, sebenarnya banyak yg masih tak berjaya saya gapai pada tahun 2009. Banyak juga cabaran yang getir terpaksa saya tempuhi dari segi kehidupan rumah tangga dan juga kerjaya. Tapi itu semua lumrah kehidupan kan...nama nya pun manusia.
Doa saya sejak Awal Muharam yang lalu ialah semoga Allah menjadikan saya lebih tabah dan berkeyakinan. Tenang dalam menghadapi dugaan serta sentiasa menjaga ibadat saya dan amalan saya yang tak seberapa ini. Semoga Allah tetapkan iman saya dan dirahmati sentiasa..Amin.
Entry akan datang akan saya muatkan tentang percutian kami sekeluarga yea, Insya Allah...