Monday, June 22, 2009

I am So STress ouT...

Well, for one thing is that I really need to take a vacation and I really need & desperately need to transfer out of my current division. Every day, I wake up feeling dreadful when its time to go to work. Teruk kan, langsung tak happy pergi keje. Susah hati pergi keje tau....something yang I bukan buat-buat. Cuba untuk berfikiran positif tapi it doesn't help at all.

One incident, happened last week. My boss is so hampehsss, dia nak input on something but she wants it right there and then. Ingat boleh petik jari jea ker. Orang yg beri input plak tak dapat nak bagi due to several problems and excuses. I convey the message, but you know what she did. At that time, she was holding a file and she hempas that file on the table dengan muka yg berang, arahkan I pergi cari org yg ada input tuh and sit down with him so that I can come up with the detail plan and timeline. I was so bengang, I marched out from her room. I rasa kurang ajar sangat buat I mcm tuh. Yea memang I bawah you tapi I bukan kuli batak you atau balachi you. I pun ada harga diri/maruah. I can't forgive her for what she has done to me. Biar hanya Allah sahaja yang membalas segala perbuatannya itu. She is so belagak...

Friday, June 19, 2009

Late again...

So...I came home late again yesterday. Arrive home around 9.30pm. Tired but happy to see the kids. Tak boleh nak buat apa-apa pun sebab badan dan minda dah penat. Makan lepas tuh layan budak-budak nie sambil rehat kan badan then mandi, solat dan tidur. pagi nie bangun pun rasa sakit-sakit semua badan tapi nak buat mcm mana kan, still kena pergi office.

I baru jea dapat tahu yg ada this one lady is so busuk hati. Really I tak sangka to that extend dia boleh buat. Sebab apa dia pedengki sangat pun I am not sure. Takut plak dengar bila dia buat dajal kat one of my good friend. Silap2, I pun dia pedajal jugak cuma I tak tahu jea...sedih lah, namanya Islam tapi hati penuh dengan kepalsuan dan kehitaman.

Thursday, June 18, 2009

Stay Back...


Hmmm...semalam I kena stay back sbb nak siapkan process berkaitan dgn kerja laah kan...kesian kat anak-anak I yang terpaksa menunggu di kereta sehingga I habis kerja. Hubby nak tunggu jugak so after dah settle tu I terus blah...tak tunggu lah untuk present kat bos sbb pd I, process owner lah yg lebih layak untuk present process tuh...


Sampai je rumah semalam, kepala I sakit rasa mcm nak pecah tapi disebabkan rasa bersalah, I gagahkan diri untuk masak nasi dan goreng telur sahaja utk dinner. Tak pelah, nanti hari Ahad, ibu masak special untuk anak-anak ibu dan juga hubby. Bercakap tentang hubby nie, actually I risaulah dgn kesihatan dia sekarang nie. Lately, dia sakit kaki. Jalan pun terdengkot-dengkot. Nak diurut, takut plak jadi lain nanti...makin bengkak ker....so I cuma sapu minyak jea lah dan urut perlahan-lahan...tak tahulah apa sakitnya tuh...


Hari nie, I tak pasti lah sama ada I akan balik lewat lagi atau tidak. Harap-harap tak balik lambat sbb hubby sakit kaki so kesian pulak kalau nak dia jaga anak-anak sorang diri...inilah dilemma ibu yg bekerja...


By the way, semalam memang I piss off dgn bos I. Tak tahulah mcm mana nak gambarkan kemarahan I nie...

Tuesday, June 16, 2009

Naim V1.

Alhamdulillah, dalam masa dua hari nie, Naim tak menangis bila ditinggalkan kat taska. Syukur sangat2. Dia pun nampak lebih ceria, siap nak cium kita bila kita nak pergi kerja tuh...harap2 Naim akan terus berkelakuan sebegitu supaya mudah utk saya dan hubby jugak teacher2 nya kat taska tuh. Ooooo...satu lagi, vocab Naim dah improve quite a lot. Suka sangat kalau dengar dia bercakap. One thing about him, kalau dia bercakap tuh akan penuh dgn sopan, seronok dengar cthnya: "Naim nak makan nasi boleh tak???". nak makan nasi siap tanya macam tuh....
Tapi kalau kita kata tak boleh, siap lah dia punya mengamuk tuh...hehehehehehe

Well, nama pun budak kan...tapi tiga orang anak, ada 3 perangai yg berbeza....semuanya ibu sayang tau....muuuaaahhhh utk anak2 ku yg tiga org itu...

Suddenly BZ...Suddenly DON'T...

Hari nie dimulakan dengan interview lagi....sampai bila lah asyik nak pegi interview jea nie. Blum ada rezeki.....then diteruskan dgn sesuatu yg horror...saya diberi tugasan untuk membantu rakan setugas menyiapkan process improvement. Why me???....Aku dah lah tak faham langsung tentang process dan segala tok nenek yg bersangkut paut dgnnya...
Pastu Boss suruh pulun plak sbb benda nya banyak dan dia nak hujung minggu nie. Giler ke apa???....suka sangat bagi kerja last minutes. Aku tak suka tau...I don't like things yg I tak boleh nak control. Bukan control apa cuma ada kebebasan masa untuk plan and execute. Nie tak, main sedap cakap jea. Lagi satu, suka sangat guna nama Big G utk settlekan keje dia...
Boleh tak kalau aku buat keje sambil lewa jea sbb dah terus terang dia kata yg aku tak perform dan tak deliver kerja. so buat apa aku nak pulun buat keje....Sendiri mahu ingatlah...

Monday, June 15, 2009

Traffic Jam

Pagi nie mana2 jalan semuanya jam. Kenapa??? sbbnya time budak-budak masuk sekolah semua after 2 weeks of school holidays. Nasib baik lah pagi tadi we all keluar rumah awal so manage to arrive at the office before 8 o'clock. Petang nie ada temujanji pukul 4 ptg so I better get ready for that.
Oh, I do hope that I manage to get a post before July. Kalau boleh July nanti, dah out of GP's picture. Why, so that I won't get stuck here. Life never easy. My career pun topple up side down . Penatlah mcm nie. Life plak as usual.
Oh, I really hope to get a new post before July...

Thursday, June 11, 2009

Twilight...

Hahahaha...I manage to get this book 'Twilight' masa balik kampung haritu. Ada book fair kat Giant JB dah belilah buku nie...lupa plak nak ambil gambar buku tuh...3 hari manage to finish the book sbb banyak sangat gangguan. Tak sabar nak beli buku seterusnya, kalau tak salah 'Newmoon' ke apa yea...lupa lah plak.

Seronok gila babas lah buku tuh, terbuai dengan jalan ceritanya di samping Edward - Handsome Vampire...huhuhuhu so kalau sesape yg berminat, gi lah beli buku nie. Seronok tau....

Puan CT, kalau anda membaca blog ku ini...buku nie ke yg awak cari. Kalau nak pinjam, beritahu lah...hehehehehe

New Hobby for Dina & Naim.

Sekarang nie, Dina and especially Naim, suka sangat ke Giant Kota Damansara. Untuk Mak Wa sekeluarga, Kota Damansara dah ada Giant yea (a big one) hehehehehe...Ok, berbalik pada kisah Naim dan Dina nie.

Kenapa yea mereka berdua suka sangat ke sana selain daripada shopping makanan dan mainan yang dorang suka???...sebabnya ada permainan motor atau kereta yg guna kuasa bateri tuh....tgk lah video nya....
video

Ilman...


Lama tak bercerita tentang anak bongsu ku ini. Ilman semakin aktif dan nampaknya macam dia lebih sikit dr abang dan kakaknya. Maksud aku, lebih dari segi kreativiti nya. At the age of one, dia dah naik basikal mainan kecil kakaknya. Dulu kakak naik basikal tu pun masa dah 2 - 3 tahun. Selain tu, dia dah pandai tolak guna kaki utk ke depan atau ke belakang.


Seterusnya, dia pandai buat bunyi kucing. Kan biasanya kalau kita nampak kucing atau panggil kucing, kita akan bunyi miouwww...so Ilman punpandai jugak. Bila nampak kucing jea, dia akan bunyi miouwww...comel jea tengok muka dia. Geram betul.


Seterusnya, dia suka ikut bunyi-bunyi yg ayah atau ibu dia buat. Mula-mula dia akan dengar sambil tengok mulut kita lepas tu, dia akan berjaya buat bunyi tersebut...cth: aku suka buat bunyi nie...yuuuuuuu huuuuu. Dia pun ikut jugak. Haritu, aku buat yuhuuuuuu...tak sangka plak dia ikut....pastu muka dia selamba jea...


Kalau dengar muzik jea mesti dia akan menari tak kira lah sama ada goyang badan atau kaki atau kedua-duanya sekali. Lastly, kalau nampak tudung aku, dia sibuk nak pakai kat kepala dia. Tengok jealah gambar dia pakai skaf rambut kakak (minnie mouse) tuh....

Wednesday, June 3, 2009

Naim...


Lately nie, Naim asyik jea mengamuk dan kerap menangis...kalau tak dapat benda yg dia nak, mesti dia menangis. Sikit-sikit menangis. Kat rumah asyik lah menangis, bak kata hubby...tak sampai 5 minit dah menangis lagi. Bila sampai taska, mesti dia menangis. Tiap2 hari mcm tuh...



Pagi nie plak, dia menangis dari kereta sampai lah ke taska. Apa benda yg dia nak masa kat kereta tuh pun aku tak tahu. Bengang betul aku...Imagine lah, menangis dgn sekuat suara pastu bergayut plak kat baju aku nie sampai nak jalan pun susah. Dah lah aku nie dukung Ilman, bawak beg jugak, hubby plak sbb dah marah, laju jea jalan buat tak peduli jea...So dgn sape aku patut marah sebenarnya...



Aku faham perasaan hubby yg tension dgn perangai Naim tuh, tapi aku pun tension jugak...lagi plak aku sekarang nie tengah tension dgn bos dan kerja...naik lah tekanan darah aku nie...Aku berdoa kepada Allah supaya Naim berubah akhlak kepada akhlak yg lebih baik dan tak buat perangai menangis nya tu lagi. begitu juga dengan akhlak Dina dan Ilman, semoga diberi akhlak yg baik...Amin...