.jpg)
Hmmm...semalam I kena stay back sbb nak siapkan process berkaitan dgn kerja laah kan...kesian kat anak-anak I yang terpaksa menunggu di kereta sehingga I habis kerja. Hubby nak tunggu jugak so after dah settle tu I terus blah...tak tunggu lah untuk present kat bos sbb pd I, process owner lah yg lebih layak untuk present process tuh...
Sampai je rumah semalam, kepala I sakit rasa mcm nak pecah tapi disebabkan rasa bersalah, I gagahkan diri untuk masak nasi dan goreng telur sahaja utk dinner. Tak pelah, nanti hari Ahad, ibu masak special untuk anak-anak ibu dan juga hubby. Bercakap tentang hubby nie, actually I risaulah dgn kesihatan dia sekarang nie. Lately, dia sakit kaki. Jalan pun terdengkot-dengkot. Nak diurut, takut plak jadi lain nanti...makin bengkak ker....so I cuma sapu minyak jea lah dan urut perlahan-lahan...tak tahulah apa sakitnya tuh...
Hari nie, I tak pasti lah sama ada I akan balik lewat lagi atau tidak. Harap-harap tak balik lambat sbb hubby sakit kaki so kesian pulak kalau nak dia jaga anak-anak sorang diri...inilah dilemma ibu yg bekerja...
By the way, semalam memang I piss off dgn bos I. Tak tahulah mcm mana nak gambarkan kemarahan I nie...
No comments:
Post a Comment