Tuesday, December 13, 2011

Anniversary...

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 8 utk suami ku....ooohhh, tetiba I rasa tergedikssss lah pulak...

Thank you for your unexpected present...I like....hehehehehehe

Semoga perkahwinan kita sentiasa dirahmati Allah serta isterimu ini berdoa semoga jodoh kita kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat...amin...

Wednesday, November 30, 2011

Cuti-Cuti Malaysia....

Esok, kami sekeluarga bersama Atuk Amid, Wan, Ucu, Kak Long dan Nisa akan berangkat ke Negeri Di Bawah Bayu...cewaaahhh...

So, I hope everything will go well as planned....anak-anak memang dah tak sabar-sabar especially Ilman "nak naik etoplane"...today masa hantar ke taska pun happy jea because he knows, tomorrow Ilman akan naik etoplane....hehehehe

Semoga kami semua selamat pergi (dlm perjalanan), ketika di sana dan selamat balik...amin...

Friday, November 11, 2011

Naim...Nostalgia...







Gambar Irdina...Nostalgia Sungguh...














Blockage...

Mula-mula niat di hati mcm nak block blog saya nie supaya hanya certain viewers sahaja yang boleh view content.

Tapi....bila difikirkan semula, bagus jugak x block sbb kalau perempuan sengal tu baca, maybe she gets the idea how I feels about her...some sort of hint that you are unwanted or un what so ever lah kan...

Just get the idea that "I tak ganggu hidup you and you better get the hell out of my life and my family's life...". For nearly 8 years I have been patient with you...enough of that and now I will get nasty...sarang lebah jgn dijolok, sister...padah nasib you...

Tuesday, October 11, 2011

Minah Sengal

Hai minah...kenapa lah ko nie sengal...

Monday, October 10, 2011

Kemelut Kehidupan...

Saya cukup tak faham, mengapa ada seorang insan ini yang bermusuhan dgn saya sedangkan dia yang bersalah. Saya tak ganggu hidup dia, saya tak sekat rezeki dia atau saya tidak sama sekali meng'ilmu'kan dia...saya masih waras dan takut kepada ALLAH...


Saya tidak mahu mensyirikkan Allah. Nauzubillah.... Cukuplah dgn dosa-dosa yang ada...dan saya berusaha menjadi insan yang beriman. Cuma di sudut naluri saya ini, ada sesuatu yang insan ini mahukan daripada saya, yang dia ingin mengambil dari saya...hak saya yang terang dan nyata...


Monday, September 19, 2011

Terlalu lama....

Yea, sudah terlalu lama saya tak update blog. Ntahlah, saya seperti sudah tidak punya kekuatan untuk menulis dan bercerita. Memang banyak kisah suka-duka dalam hidup saya sebelum ini, namun saya lebih suka utk berdiam diri. Mungkin ini lebih baik, hanya Allah yang Maha Mengetahuinya...


Apa yg boleh saya update mengenai perkembangan terkini ialah saya sudah mempunyai dua ekor hamster sbg pet yg saya namakan Nini dan Ipin. Game Wii yg saya beli juga telah selamat diexplore oleh anak-anak saya...dan...tekanan kerja juga semakin mudah untuk saya tangani. Terima kasih saya ucapkan kepada pembantu saya dan juga rakan-rakan sekerja saya yang lain....


Maaf kerana mulai hari ini saya tidak mampu untuk berkongsi kisah peribadi saya, kerana ini adalah jalan terbaik buat saya sekeluarga...terlalu ramai yg iri hati dan ada yang berdendam dengan saya dan keluarga atas alasan-alasan yang remeh-temeh. Ingatlah, setiap yang berlaku adala atas kehendak Allah. Tiada jodoh...lepaskanlah perkara yg telah lama berlalu...Ingatlah, jangan mudah mengikut kata nafsu dan hasutan syaitan...berdosa besar bagi seseorang yg bersekutu dgn syaitan dan jin serta mensyirikkan Allah...

Wednesday, May 18, 2011

Update blog...

Lama sungguh saya sudah tidak aktif dalam menulis blog...kenapa?...entahlah, mungkin disebabkan faktor masa dan kebuntuan idea. Memang banyak yg ingin diceritakan namun apabila ingin diluahkan, seolah-olah terhenti...mungkin itu lebih baik....

Selain daripada blog, saya juga mempunyai facebook seperti orang-orang lain. Mungkin teman-teman boleh lawati FB saya kerana ianya lebih update dari blog.

Selepas ini saya mungkin hanya akan update blog ini sekali -sekala...insya Allah bila ada kesempatan....blog ini tidak akan ditutup buat masa ini kerana ia adalah tempat luahan untuk saya.

Terima kasih.

Monday, May 9, 2011

Hari Sukan Naim.

Sabtu lepas adalah hari sukan untuk Taska Dzuliman....Naim sangat teruja masa menyertai perarakan dari TMDK. Semua anak-anak TMDK cute-cute belaka dgn baju animals masing-masing. Ada yg jadi singa, pokok, butterfly, hippo, leopard dan mcm2 lagilah...teka lah Naim pakai baju binatang apa????......


Hippo...and yet he is still so cute to me.....

Monday, April 18, 2011

Lama Tak Update...

Setelah sekian lama, tetiba jea teringat nak buka blog sendiri. Terkejut tgk tarikh last update blog ini iaitu 3 Mac...lama dah tue.... Banyak cerita yg ingin dikongsi tapi kalau dah lama sangat berlaku, jadi cerita basi pulak kan...kan...kannnnnn Sekarang nie tgh sibuk dgn kerja yg semakin menimbun dan tak pernah nak surut nya. Nasib baik ada asst. and I should thank a lot to her...Thanks Syahura..... Nanti lah saya update lagi yea kerana keadaan tidak mengizinkan...pssstttt, bos ada nie....

Thursday, March 3, 2011

Bagsssss

I'm so into bags nowadays...pantang nampak handbag yg cantik2, sure start drooling...tapi most of the bags are quite costly. Nak buat mcm mana, tengok jea lah...

It is because for me, kalau nak invest beratus-ratus atau beribu-ribu hanya utk satu atau dua handbags mcm tak berbaloi lah...lebih baik menabung atau invest. Betul tak?. Ataupun separuh drpd duit beratus yg nak beli handbag tu saya beli barang2 anak2 saya. Biasanya begitulah perangai saya. Tapi ada org kata, beli bag mahal2 as a token atau appreciation pd diri sendiri....maybe, tapi pada saya, ada cara lain utk appreciate diri saya cth pegi spa ke, buat facial dll.

Yealah kan, lain org lain lah caranya...janji buat perkara yg boleh gembirakan hati sendiri. I deserve it...hehehehehehe

Wednesday, February 23, 2011

Alhamdulillah Syukuuuurrrrr

Yang ditunggu-tunggu dah muncul, dah tiba. Alhamdulillah...

Monday, February 21, 2011

Mimpi Ngeri...

Malam tadi saya telah bermimpi sesuatu yg menakutkan. Bila dah besar nie, jarang sangatlah kita takut dgn mimpi kan tapi mimpi kali ini mmg lain rasanya. Sampaikan bila saya terjaga, terus duduk dan termenung. Berdebar hati tak surut2, pelbagai rasa bercampur-baur antara takut, sedih, kecewa dan mcm2 lagi lah.

Lepas a few minutes dok termenung atas katil, jam loceng pun bunyi, dah 5.30 pagi rupanya. So, terus bangun untuk siapkan bekalan anak2 utk ke sekolah. Tapi yg herannya, perasaan tu tak berkurang jugak. Cuba fikirkan yg lain tapi tak berjaya. Akhirnya after solat Subuh, barulah tenang. Alhamdulillah....

Cuma, mmg menimbulkan tanda tanya lah, kenapa saya mimpi seperti itu?....

Thursday, February 17, 2011

Bersawang sudah...

Maaf lah sbb dah lama tak update kat blog sbb skrg nie lebih mudah update kat facebook. Kalau nak citer apa yg telah terjadi selama ini, banyak lah benda yg nak dimasukkannya. Tapi ada yg dah jadi cerita basi.

Ok lah, sempena dah masuk bulan 2, 2011 nie, saya cuma nak cerita ttg anak saya yg sulung, Nurshafiyyah Irdina. Skrg nie Irdina dah masuk darjah 1 di Sek. Keb. Subang Bestari. Hari pertama, kedua dan seterusnya, dia ke sekolah superb tapi masuk hari jumaat, dia dah mula buat perangai...perangai nya tu berlarutan lah sehingga kini. Ya, dah hampir 2 bulan sekolah, Irdina akan menangis bila ke sekolah pada waktu pagi. Puas lah minta air dari ustaz dan ustazah utk bagi dia seronok ke sekolah tapi Allah belum makbulkan doa kami. Puas juga kami bertanya, kenapa dia menangis, jawapan yg diberi ialah nak ayah dan ibu ada kat sekolah...adoi lah...

Pernah jumpa seorang kakak nie yg pandai berubat, dia kata irdina takut ke sekolah sbb ternampak sesuatu yg menganggu nya ketika di sekolah. Bila tanya kembali pada Irdina, akhirnya dia mengaku yg dia nampak lembaga hitam, berbulu, mata merah dan bergigi panjang yg sentiasa mengikut dia ke mana sahaja ketika di sekolah menyebabkan dia takut. Nak percaya ke tidak?...antara percaya dan tidak, maka saya pun mengambil langkah merenjis-renjis air yg kakak tu beri di sekitar kelasnya. Di samping doa yg tidak putus2, hopefully, benda yg menganggu tu tidak akan menganggu Irdina lagi.

Tapi masih tiada perubahan pada Irdina. Masih menangis ke sekolah sampai naik malu kami ibu dan ayahnya...tapi tahap menangis tu dah turun dari tahap 5 ke tahap 2. Ada jugalah perubahan, alhamdulillah...

Apa yg kami sebagai ibu dan ayahnya boleh buat ialah memujuk dan tanpa jemu menasihatkannya...dan terus berdoa semoga Irdina berubah kepada yg lebih baik, amin...