Thursday, February 17, 2011

Bersawang sudah...

Maaf lah sbb dah lama tak update kat blog sbb skrg nie lebih mudah update kat facebook. Kalau nak citer apa yg telah terjadi selama ini, banyak lah benda yg nak dimasukkannya. Tapi ada yg dah jadi cerita basi.

Ok lah, sempena dah masuk bulan 2, 2011 nie, saya cuma nak cerita ttg anak saya yg sulung, Nurshafiyyah Irdina. Skrg nie Irdina dah masuk darjah 1 di Sek. Keb. Subang Bestari. Hari pertama, kedua dan seterusnya, dia ke sekolah superb tapi masuk hari jumaat, dia dah mula buat perangai...perangai nya tu berlarutan lah sehingga kini. Ya, dah hampir 2 bulan sekolah, Irdina akan menangis bila ke sekolah pada waktu pagi. Puas lah minta air dari ustaz dan ustazah utk bagi dia seronok ke sekolah tapi Allah belum makbulkan doa kami. Puas juga kami bertanya, kenapa dia menangis, jawapan yg diberi ialah nak ayah dan ibu ada kat sekolah...adoi lah...

Pernah jumpa seorang kakak nie yg pandai berubat, dia kata irdina takut ke sekolah sbb ternampak sesuatu yg menganggu nya ketika di sekolah. Bila tanya kembali pada Irdina, akhirnya dia mengaku yg dia nampak lembaga hitam, berbulu, mata merah dan bergigi panjang yg sentiasa mengikut dia ke mana sahaja ketika di sekolah menyebabkan dia takut. Nak percaya ke tidak?...antara percaya dan tidak, maka saya pun mengambil langkah merenjis-renjis air yg kakak tu beri di sekitar kelasnya. Di samping doa yg tidak putus2, hopefully, benda yg menganggu tu tidak akan menganggu Irdina lagi.

Tapi masih tiada perubahan pada Irdina. Masih menangis ke sekolah sampai naik malu kami ibu dan ayahnya...tapi tahap menangis tu dah turun dari tahap 5 ke tahap 2. Ada jugalah perubahan, alhamdulillah...

Apa yg kami sebagai ibu dan ayahnya boleh buat ialah memujuk dan tanpa jemu menasihatkannya...dan terus berdoa semoga Irdina berubah kepada yg lebih baik, amin...

1 comment:

CT said...

laaaa kak, sian nye Irdina...
cuba suruh die amalkan bacaan ni

http://yusofembong.blogspot.com/2009/05/senjata-tercanggih-melawan.html