Friday, August 21, 2009

Masa itu emas...

Masa begitu mencemburui saya...boleh ke cakap mcm tu atau memang saya yang tak pandai bahagi masa....hehehehe.

Work:
Tapi saya sekarang nie memang banyak kerja tapi I really enjoyed it. From the bottom of my heart, sehingga ke hari nie (lbh kurang sebulan) sejak saya join Div. baru nie, saya rasa sungguh happy. Memang lah semua kerja ada dugaan nya tapi saya rasa sungguh teruja setiap kali menghadapi cabarannya. Berbeza sekali masa saya di tempat lama.

Saya rasa sungguh bersyukur kerana di tempatkan di sini. Saya juga berharap yang saya akan terus berasa seronok melaksanakan tugas di sini dan terus berjaya menjalankan tugas dengan baik. Amin.

Family:
Anak-anak saya semuanya sihat alhamdulillah. Saya berdoa semoga mereka akan sentiasa dilindungi daripada wabak H1N1 khasnya dan penyakit-penyakit lain amnya. Ilman sekarang nie sangat lah lasaknya. Ada sahaj yang dia nak buat selain daripada mengusik kakak dan abangnya. Nantilah saya masukkan gambar latest anak-anak saya sbb sekarang nie saya tak sempat.

Untuk semua yang membaca blog saya, "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih barakah dalam hidup kita semua, Insya Allah".

p/s: Saya dah berjaya menghubungi sahabat lama saya ketika kami sama-sama belajar di UiTM. Uut, I really miss you....

2 comments:

Zuraimah Ismail said...

Selamat berpuasa buat akak sekeluarga...

The R.I.F Family said...

Terima kasih. Selamat berpuasa untuk CT sekeluarga juga...