Monday, October 5, 2009

Rumah Separuh Terbuka...hahahaha

Semalam saya buat rumah separuh terbuka (boleh gitu)...kenapa jadi separuh terbuka? sbbnya hanya jemput keluarga sebelah husband sahaja..sedara mara lah kiranya. Sedara sebelah saya, belum lagik...
Apa menu??...saya masak nasi jagung, ayam masak tomato dan dalca daging (resepi keluarga). Tapi terlupa plak nak ambil gambar sbb kesnya dah penat yang amat lepas memasak. Semuanya buat sendiri, tu yg letih giler...biasalah kan. Oh ya...saya juga buat trifle utk pencuci mulut.
Alhamdulillah, semuanya habis tinggal sket jealah...bila tengok orang makan masakan kita, seronok lah plak. Rasa berbaloi dengan penat lelah kita memasak...bak kata Naim "Berbaloi-baloi"....hehehehehe...
So, ada sesapa nak jemput saya pegi open house, dengan tak malunya saya menawarkan diri...