Thursday, February 12, 2009

Boss Oh Boss!!!...

Apa yang saya nak citer dlm entry nie adalah satu perkara yang biasa sama ada akan, mungkin atau telah kita hadapi sepanjang kita bekerja. Kerana itulah saya pilih tajuk Boss sesuai dengan apa yang saya nak citer nie iaitu ragam boss yang pernah saya jumpa sepanjang karier saya di Co. nie.
Setakat nie saya hanya jumpa boss yang suka mengenakan orang, tak telus dan mcm-mcm ragam serta lorat. Ada yang sampai sanggup mengenakan saya hanya kerana perasaan dengki. Tapi kalau tak ada rasa dengki tu takkan ler orang kenakan orang lain. Yea tak??...Ada kalanya saya mampu bersabar tapi lately nie saya selalu rasa tak sabar (eventually it is not good) sebab bila tak sabar nie saya mungkin akan tersilap kata atau tersilap langkah yg nanti saya akan regret sendiri. Umpama menyiram minyak ke dalam api dan yang terbakar adalah diri saya sendiri. Kan saya nie hanya mentimun (sendiri mau ingatlah...).
Saya pernah dapat seorang boss yang baik...memang baik sangat dan sungguh bertimbang rasa. Seronok saya sebab dapat belajar banyak ilmu-ilmu dan kemahiran yang perlu tapi biasalah sekejap jea saya di bawah pimpinan dia. Kemudiannya saya terpaksa bertukar. Saya juga pernah dapat boss yang boleh di gelar "Boss from Hell"...teruk sungguh saya kena sampai sakit2 tapi alhamdulillah saya berjaya lepaskan diri.
Selalu jugalah saya terfikir kenapa seorang insan sanggup buat insan yang lain semata-mata hanya untuk menunjukkan yang dia ada kuasa. Tak perlu nak menyusahkan orang bawahan kerana mereka juga insan biasa. Hmmm...sebab itulah ada kata bidalan ke peribahasa..."Rambut sama hitam tapi hati lain-lain"...
Pada sesapa yang membaca entry nie, berubah lah kalau selama ini berkelakuan seperti itu. Jadilah seorang boss yang disenangi dan disayangi oleh orang bawahan. Nak tunjuk kuasa pun berpada-padalah, jangan sampai perasan diri tue besar sangat. Ada kuasa yang lebih besar lagi iaitu Allah Subhanawataala....Allahu Akbar...

No comments: