Monday, December 15, 2008

Demam Mengganas...

Entry lepas saya dah cerita tentang rasa tak sedap badan mcm nak demam so petang Khamis tu juga saya telah ke klinik untuk mendapatkan ubat. Setelah doktor mengambil suhu badan, ternyata ianya tinggi dan terus diberi ubat demam untuk di makan there and then....dapatlah mc utk hari Jumaat (advance mc lah tu...)

So, Jumaat saya menghabiskan masa utk rehat dan rawat sbb badan saya menggigil demam dan saya dah cirit teruk. Sabtu dan Ahad plak masih lembik dan banyak berbaring tapi alhamdulillah masih dapat masak utk hubby tersayang dan anak-anak. Tak de aktiviti lain selepas itu selain dari baring dan baring sbb bila nak berjalan atau diri lama sikit, mulalah rasa mengeletar dan nak pitam. Kepala plak masih terasa berat semacam. Oleh kerana tak lalu makan dan cirit, maka perut dah masuk angin terus jea loya-loya (bukan pregnant tau..).

Today, masih lemah sedikit tapi manage to go to work dan bersarapan dengan berselera sedikit daripada sebelumnya. Tapi masih tak berdaya utk berjalan jauh-jauh atau laju dan masih tak larat utk berdiri lama.

Memang sungguh lah demam ini telah mengganas...

No comments: