Friday, October 29, 2010

BIG Day...

Selasa lepas adalah 'BIG DAY' untuk saya. Had to go for interview yang akan menentukan nasib saya seterusnya...

Sekarang setelah lepas menghadapi 'BIG DAY' tersebut, saya risau pula dgn resultnya. Berjaya ke tidak. Takut lah....

Monday, September 20, 2010

Kehidupan...

Ku sangka panas sampai ke petang tapi...entahlah, mendalam sungguh maksud ayat tu. Terlalu sedih hingga tak tahu nak tulis mcm mana. Nak luahkan, air mata ini yg laju keluarnya sedangkan kata-kata terbungkam sepi...


Hanya pada mu Ya Allah, hamba mu yg lemah ini berserah. Berilah kekuatan pada ku untuk menharungi dugaan yg mendatang. Kuatkan lah imanku dan teguhkan lah keyakinan ku pada kekuasaanmu. Kerana aku hanyalah insan yg lemah, demi anak-anak yg sangat ku sayangi, aku tetap melangkah satu persatu walau kadang kala aku tersadung jatuh.


Hanya Allah yg memahami. Mungkin aku terlalu sensitif, mungkin aku terlalu memikirkannya tapi lumrah manusia, begitu lah keadaannya...

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya

Salam semua kepada rakan-rakan blog, di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan:

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"
Kepada yang akan pulang ke kampung, drive carefully, semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan keindahan kepada semua. Take care...

Tuesday, August 24, 2010

Baju Raya

Kawan-kawan semua dah siap beli baju raya?, tak kiralah untuk sendiri ke, anak-anak, hubby ataupun utk mak pak...

Tahun nie, saya buat persiapan beli baju raya awal sedikit. Sebelum puasa dah beli hehehehehe, kebetulan SOGO Sales awal...setiap tahun memang saya shopping di SOGO untuk baju raya anak-anak sbb saya rasa banyak choice berbanding dgn tmpt yg lain. Setakat nie, harganya juga berpatutan...bolehlah...kalau time Membership Card Sales, cuma yg tak tahan tu, ramai sangat org. Yea lah, bukan nya saya jea yg nak raya...

Kuih-kuih raya pula saya dah tempah untuk rumah saya dan rumah mak. Seperti biasa lah, saya kan sponsor kuih raya....hehehehehehe.

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Ramadhan yang Mulia

Hadirnya bulan Ramadhan yang mulia ini, saya selalu mengingatkan diri sendiri yang sering alpa ini agar berusaha untuk beramal ibadat. Juga, menjaga tingkah laku dan kawal kemarahan saya. Namun, dugaan sentiasa melanda. Kena banyak bersabar...terutama dalam menangani kerenah anak-anak. Subhanallah...

Wednesday, July 21, 2010

Ampunnnn....

Lama sungguh saya tak update, sebenarnya banyak benda yang berlaku cuma saya tak tahu nak tulis dalam blog nie. Lagipun, takut ianya menyinggung perasaan orang-orang tertentu.


Setiap manusia semuanya ada masalah. Begitu juga saya, dari masalah kerja, ke masalah rumahtangga, masalah anak-anak dan konflik diri. Cuma apa yang saya pasti ialah Alhamdulillah saya masih mampu bersabar walaupun kadang kala tu mcm tak sabar. Ada satu jea yg memang saya tetap tak puas hati, tak pe, start daripada insiden tu, saya takkan tegur pompuan giler meroyan tu sampai bila-bila. Tahap kesabaran manusia ada hadnya dan saya dah cuba utk tidak membenci dia. Tapi insiden haritu membuatkan saya nampak dia "kecik jea" dari pandangan mata saya nie.


Memang saya tak respect langsung dia, sorry lah...cermin dulu diri tu. Pada saya, dia adalah seorang pompuan gila yang gilakan L.O. Apa makna L.O tu biar saya dan kawan2 rapat jea yg tahu....Jangan harap saya nak berkawan atau bercakap pun dgn dia lagi after this.

Saya terpaksa berkias sbb tak nak nanti ada org2 tertentu yg tahu siapa yg saya maksudkan itu.

Wednesday, June 23, 2010

Buzzzzzyyyyyy.....

Too many things to do but so little time....boleh ka???
...Allah berikan kita masa 24 jam, tentu lah ada hikmahnya supaya kita tak terlalu over-worked...hahahahahaha


Time macam nie punyalah stress, tetiba jea teringat percutian. Masa tak sesuai untuk pergi bercuti lah plak....huhuhuhuhu...