Tuesday, February 3, 2009

Rezeki...


Alhamdulillah saya telah mendapat perkhabaran yang sahih bahawa saya berjaya dalam interview saya tempoh hari. Dlm entry sebelum ini, ada saya masukkan luahan hati yg saya sedih sgt sbb saya tak berjaya dan alasan yang diberi adalah sangat sukar utk saya terima. Tiba-tiba, hari Jumaat lepas, lain pula beritanya. Saya pun tak tahu lah mcm mana personnel kat HR tu boleh tersalah bagi info. Tapi tak pe, saya dah maafkan.


Utk mendapatkan post tu saya mesti cari pengganti utk post sedia ada ini, kalau tidak kemungkinan besar saya tidak dilepaskan. Halangan tersebut pun telah saya atasi...syukur sangat. Sekarang nie cuma tunggu surat daripada HR utk confirmkan bila saya boleh lapor diri di tempat baru...


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, suami saya dan anak-anak saya kerana sentiasa mendoakan yang terbaik utk saya. Terima kasih juga kepada kawan-kawan saya yang selalu memberikan sokongan kepada saya juga.


Harapan saya, lepas ni janganlah ada lagi halangan last minute utk saya mendapatkan post tersebut dan semoga saya dapat menjalankan tugas dan amanah yg diberikan dengan baik. Amin...

2 comments:

kaezrin said...

lps ni ko tarik aku lak g sana ok...

The R.I.F Family said...

Kalau ko berminat apa salahnya. Seronok gak kalau ko pun ada kat sana...